Kawan-kawan, faham tak apa maksud entri kali ni?
Ha, maksudnya, sambutan hari jadi yang awal. Lebih kurang begitulah maksudnya, sebenarnya aku pun tak hebat dalam bahasa asing ni. Hehe...
Ceritanya begini...
Pada tanggal 9 April 2009, sesuatu yang aku dah lama sangat tak buat dalam hidup aku. Dan kali ni, ianya terjadi setelah peristiwa bersejarah ni dah lama tak berulang.
Along mengajakku ke bandar untuk berjumpa kawannya iaitu Kak Wani. Aku pada mulanya memang rasa macam malas nak ikut, sebab takut penat berjalan. Akhirnya, aku terpaksa ikut juga la. Kesian kat abang aku ni, takut nanti dia menangis pula. Haha...
Kami ke Summit Parade pada lebih kurang pukul 1:30, sebab baru lepas hujan. Sesampai je di Summit, kami pun berpusing-pusing satu Summit sementara menunggu Kak Wani. Bab ni macam malas sikit la,memang kaki aku akan lenguh. Adui.
Dalam lebih kurang 10 minit berpusing, Kak Wani call abang aku. Jadi, kami ke KFC untuk berjumpa beliau. Kak Wani datang bertemankan adiknya. Dalam hati aku dah terfikir mesti Kak Wani nak belanja KFC. Aku pula masa tu baru je lepas lunch, perut pun agak penuh lagi.
Sesampai saja di KFC, aku lihat dah ada hidangan atas meja yang ditempah Kak Wani. Memang betul tekaan aku, ada dalam 6 ketul daging ayam, wedges, 4 air berkarbonat, dengan satu lagi resipi KFC yang aku tak ingat namanya.
Aku dengan Along pun duduk lah di tempat tersebut. Aku tengok Kak Wani sibuk melayani panggilan telefon, huh. Jadi, aku duduk dan buat tak tahu menahu lah. Haha...
Tak lama selepas tu, Kak Wani meletakkan sebiji kek birthday coklat berhias strawberry di atas meja. Aku rasa pelik lah masa tu, nak sambut hari jadi siapa pula? Aku pun bertanyalah pada mereka (Along dan Kak Wani). Sah-sah mereka ni berpakat nak sambut hari jadi aku. Aku rasa macam tak percaya lah, sebab dah lama sangat tak sambut.
Jadi, berlakulah beberapa adegan mengambil gambar. Tiada nyanyian lagu hari jadi. Haha...
Teruja sebelum memotong kek.
Percubaan memotong kek, yippe!
Kak Wani bersama-sama adik beliau.
Percubaan memotong kek, yippe!
Kak Wani bersama-sama adik beliau.
Akhirnya, dapatlah juga makan kek ni setelah beberapa kali percubaan untuk memotong Mr. Kek. Aku berjaya memotong beliau sehingga 8 potongan. Cubaan yang bagus, syabas Faiz Syazwan! Perkara yang paling aku tak suka ialah, aku tak berjaya menghabiskan kek tersebut. Haha...
Seterusnya, kami mencuba pula daging ayam KFC. Sedap hingga menjilat jari, serius tak bohong. Daging ayam ni pun aku hanya mampu menghabiskannya cuma seketul. Sebabnya aku dah pun lunch sebelum keluar ke bandar. Along tak memberitahuku kerana takut ter'kantoi' plan mereka terhadap aku.
Banyak juga yang tak habis, akhirnya terpaksa membungkus semuanya untuk di bawa pulang. Seterusnya, pusing-pusing di Summit. Setelah kepenatan, akhirnya kami lepak di luar Summit, sambil menikmati permandangan yang tak sedap dipandang, hehe...
Aku yang kepenatan, posing bersama tongkat kesayangan.Seterusnya, kami mencuba pula daging ayam KFC. Sedap hingga menjilat jari, serius tak bohong. Daging ayam ni pun aku hanya mampu menghabiskannya cuma seketul. Sebabnya aku dah pun lunch sebelum keluar ke bandar. Along tak memberitahuku kerana takut ter'kantoi' plan mereka terhadap aku.
Banyak juga yang tak habis, akhirnya terpaksa membungkus semuanya untuk di bawa pulang. Seterusnya, pusing-pusing di Summit. Setelah kepenatan, akhirnya kami lepak di luar Summit, sambil menikmati permandangan yang tak sedap dipandang, hehe...
Akhirnya, sebelum pulang, aku telah menghantar beberapa lagu kepada Kak Wani, iaitu lagu soundtrack cerita Watchmen, ada dalam 12 lagu, tapi aku cuma dapat menghantar sekitar 3 lagu.
Akhirnya aku balik ke rumah dan kepenatan.
Tapi aku gembira kerana hari jadi aku di sambut oleh abangku dan juga Kak Wani.
"Thanks korang, korang memang the best!"
Akhirnya aku balik ke rumah dan kepenatan.
Tapi aku gembira kerana hari jadi aku di sambut oleh abangku dan juga Kak Wani.
"Thanks korang, korang memang the best!"
4 comments:
Faiz...
selamat hari lahir buat kamu..
happy coming besday..
eheh..sori tade kek tuk ko lorh..
hehe..
ko dah tue!!
kaki ko da ok?
take care yek..
salam~
Hye Ainul..
Thanks ea wish..
Xpe xde kek,janji ko ingat dah la,hehe..
Aku xde la tua sgt,bape bulan je dr ko..haha..
kaki aku camni la,13 April ni ada xray,tgk la apa result nanti..
harap-harap ok la..
:-)
Happy birthday Chot. Haha. Semoga cepat sembuh.
Thanks Fais..
orang di jepun pun ingat besday aku..hehe..
InsyaAllah dengan izin-Nya,aku boleh cepat sembuh..
berdoa jelah yang aku termampu sekarang selain makan ubat..
Thanks a lot..
Post a Comment