Wednesday, April 15, 2009

Keputusan Checkup 13 April

Salam kepada semua.

Kawan-kawan, seperti yang dijangka, nampaknya keputusan dari checkup sememangnya tidak memuaskan hati aku. Tapi, aku pun tak meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk mendapat keputusan yang positif.

13 April 2009, aku ke Hospital Batu Pahat untuk checkup. Appointment aku pada jam 9 pagi. Setibanya di Wad 2 (Klinik Pakar Ortopedik), aku antara yang terawal tiba, kerana kalau aku tiba lambat, maka lambatlah segala-galanya akan siap. Pada mulanya, seperti biasa, aku akan menjalani pengimejan (x-ray).

Di bilik pengimejan, aku mendapat giliran ke-28. Setibanya giliran, di bilik A, petugas telah menyuruh aku berdiri untuk mengambil x-ray tangan kananku. Aku terpinga-pinga. Kenapa tangan aku perlu di x-ray? Jadi, aku bertanya kepada petugas. Mereka berkata semuanya mengikut catatan dari Wad 2. Aku pun macam terasa pelik jugalah, kerana setahu aku, cuma peha kanan aku sahaja yang patah. Haih.

Aku menjalani x-ray seterusnya di bahagian paha kanan, yang ini betullah. Haha...

Selesai menjalani x-ray, aku menunggu arahan untuk bergerak ke Wad 2. Jadi, setelah mendapat arahan, aku pun bergerak ke Wad 2 dengan slow motion, kerana aku cuma bertongkat, hehe... Di Wad 2, aku mendapat giliran ke-24. Penat juga menunggu. Setelah lama menunggu sehingga janggutku berjaya menumbuhkan diri beliau sepanjang 1 mm, akhirnya aku dipanggil. Perasaan aku, teruja + langsung tak teruja + pasrah. Haih.

Ha, bab ni yang aku tak minat. Di bilik pemeriksaan, kelihatan doktor sedang berbincang sesama sendiri. Aku duduk dan diam sementara menanti perbincangan mereka berakhir. Nama doktor ni, Dr. Sharif. Tutur katanya sopan, layak untuk seorang doktor. Hehe...

Jadi, setelah beliau mengamati filem x-ray aku, beliau lantas bertanya.

"Tangan ni kenapa? Ada yang patah?", tanya beliau.

"Tangan saya takde apa-apa yang tak kena, tadi petugas yang x-ray, saya ikut je", ujarku.

Ku lihat doktor membaca semula catatan, ternyata petugas salah membaca arahan. Jadi, memang tiada yang tak kena pada tangan aku. Lega.

Seterusnya, beliau mengamati pula filem x-ray paha kanan aku, terdapat perkembangan dari sebelumnya (16 feb 2009). Di bahagian yang patah, telah ternampak dilitupi semuanya, tetapi tidak pula ternampak kepadatan bahagian tersebut berbanding tulang yang tak patah. Mungkin sum-sum tulang dah tiada, fikirku.

Jadi, beliau bertanya bila tarikh aku terlibat dalam kemalangan. Aku memberitahu, 24 November 2008. Beliau mengerutkan dahi, aku faham maksudnya. Ini kerana aku sembuh dengan amat lambat. Sudah hampir 5 bulan. Aku pun tak tahu apa lengkah yang boleh di ambil untuk mempercepatkan pertumbuhan tulang. Ubat Kalsium? Dah cuba juga.

Akhirnya, beliau memberitahuku, datang untuk checkup lagi, 6 minggu dari sekarang. 4 minggu dari sekarang, aku terpaksa datang untuk mengambil darah, kerana darahku akan menjalani ujian. Jika terdapat jangkitan kuman, aku terpaksa menjalani pembedahan untuk mengambil sedikit tulang di bahagian badanku yang lain, dan ditampal di bahagian patah. Risiko yang tinggi. Jika tiada jangkitan kuman, aku boleh menjalani fisioterapi.

Apa yang aku fikir?

Aku lantas memberitahu doktor, jika aku tak menjalani pembedahan, boleh ke? Kerana ayahku tidak mahu aku menjalani pembedahan lagi.

Jadi, doktor bertanyakan umurku. Aku menjawab baru 21 tahun.

"Awak dah besar, dah 21 tahun, sepatutnya boleh membuat keputusan sendiri", ujarnya.

Aku keliru. Banyak sebenarnya yang aku fikir. Aku keluar dari bilik tersebut selepas mengucapkan terima kasih.

Jika aku menjalani pembedahan, paling awal pun pada awal bulan 6. Jadi, aku perlukan masa untuk sembuh lagi.

Jadi, bila aku boleh menyambung belajar? Adakah aku terpaksa menangguh lagi 1 sem? Cukup setahun? Aku tak rela. Lambat sungguh. Aku tak menyalahkan takdir, tapi aku sangat geram.

Bagi menenangkan diri, aku berfikir positif. Itu saja jalan terbaik bagi diriku.

Semoga aku lebih tabah di hari-hari mendatang, walaupun semuanya pahit untuk ditelan.

4 comments:

fawani said...

Kasihan kamu...huu..
Just pray for the best ok?
InsyaAllah akan sembuh juga...
Be strong ! :D

AdindaLunia said...

assalamualaikum faiz..

better for you to solat..
so den ALLAH will give your the decision..
The answer whether u shud undergo operation or not..

Ya..
u're now 21..
quite matured for you to make your own dicesion..
just keep on praying for ALLAH to give you da answer..

I also pray for you fren..
Gud luck n all da best always..

illaliqa'

ALLAH yubarik fik ya Faiz Syazwan..
InsyALLAH''~

Tfaaaaaa said...

lorr..siannye faiz :)

xpe2..ramai kengkawan doa faiz utk cpt semboh k.
chaiyok chaiyok faizzzz.

Faiz Syazwan said...

Tfaaaaaa -

hehe,xde yg nak di kesiankan..dah nasib..

papepun,kita kne terima dengan redha..hehe..

jadi,kesimpulannya,semua yang berlaku itu ada hikmahnya..

kepada yang mendoakan,thanks semua..i very2 appreciate it..

:)