Agak lama sebenarnya aku tak mengemaskini blog ni. Maklumlah dah nak naik semester baru, banyak perkara yang aku perlu uruskan. Banyak juga masa yang aku gunakan untuk memuat turun lagu. Banyak juga lagu yang aku dapat, hampir kesemuanya lagu-lagu indie. Oh maaf, aku bukanlah fanatik kepada indie, tapi lagu-lagu yang dihasilkan mereka agak sedap untuk di dengar. :)
Baru beberapa hari lepas, iaitu hari Jumaat (26 Jun 2009), aku telah menerima 2 helai baju yang aku tempah sebelum ini melalui rakan JAD ku iaitu Faizal a.k.a. Sugar. Pada asalnya, aku menempah baju yang mempunyai 'design' I Love JAD yang berwarna hitam, namun oleh kerana tiada stok, aku terpaksa memilih warna putih. Dan 'design' Kuala Lumpur to Narita pula, pada asalnya aku memilih warna putih. Oleh kerana aku ingin mempunyai 2 baju yang berlainan warna, aku memilih baju berwarna hitam untuk 'design' Kuala Lumpur to Narita. Terima kasih kepada saudara Omar Afiq yang menguruskan penghantaran baju. Kos penghantaran pula adalah percuma, aku amat menghargainya. :)
Sebentar tadi, adik aku meminta tolong untuk mencari info tentang hari ibu, jadi aku memulakan kerja 'browsing' aku dan menemui beberapa artikel, dan akhirnya telah berhenti sebentar di blog saudara Sejuk. Aku telah tertarik dengan artikel mengenai 'Twitter Merdeka 2009'. Oleh kerana aku juga merupakan pengguna Twitter, maka tak salah jika aku menyertainya juga. Berikut merupakan petikan dari pencetus idea iaitu saudara Mohd Ismail.
" Idea aku begini, pada sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52 tahun ini, kita semua pengguna Twitter di Malaysia laungkan Merdeka! dengan matlamat menjadikan perkataan ‘merdeka’ menjadi topik terhangat sekurang-kurangnya 24 jam.
Maka, sepanjang hari pada 31 Ogos 2009, pengguna Twitter di seluruh dunia akan dapat melihat satu perkataan Melayu yang sangat bermakna menjadi bualan hangat."
Maka, sepanjang hari pada 31 Ogos 2009, pengguna Twitter di seluruh dunia akan dapat melihat satu perkataan Melayu yang sangat bermakna menjadi bualan hangat."
Jadi, apa pandangan anda? Apa yang kita tulis pada 'shout out' kita di Twitter akan terpapar di semua halaman pengguna Twitter. Gempak bukan?
Tak tahu apa tu Twitter? Ok, Twitter ni juga adalah sebahagian lagi jaringan sosial seperti juga Facebook, Friendster dan lain-lain. Jadi, tak salah jika anda menyertainya bukan?
Sebagai rakyat Malaysia, kita tunjukkan pada dunia bahawa kita juga menyayangi negara kita dan juga kita adalah seorang yang bersemangat patriotik.
Tunjukkan pada dunia, kita rakyat yang begitu menghargai kemerdekaan!