Tuesday, June 16, 2009

Kemalangan di depan rumahku

Salam kepada semua.

Alhamdulillah, pada kali ini aku masih lagi diberi peluang untuk mengemaskini blog ini. Agak lama juga sudah tak mengemaskini blog ini. Maka, dengan ini aku akan mengemaskini blog ini dengan sedikit perkara yang berlaku dalam hidup aku.

Pertama sekali, seperti yang diketahui, aku masih lagi belum pulih sepenuhnya. Tapi aku sudah berjaya mengorak selangkah ke hadapan. Maksudnya, ada kemajuan. Jika sebelum ini, aku berjalan dengan menggunakan bantuan kedua-dua tongkatku, sekarang aku sudah boleh menggunakan sebelah tongkat sahaja. Maklumlah, sebagai persediaan untuk menyambung belajar. Menggunakan dua tongkat agak leceh, apatah lagi digunakan untuk menampung tubuh badanku. Sakit di ketiak pula tu. Tapi bersyukurlah aku sudah boleh menggunakan sebelah tongkat. Sebelum ini aku juga pernah mencuba berjalan tanpa tongkat, tapi aku tak berniat ingin mencubanya lagi. Berjalan secara terhincut-hincut, membuat aku rasa kurang selesa. Perkara ini disebabkan lutut kananku yang belum kuat seperti biasa. Sejak kemalangan tersebut, sudah lama aku tak menampung diri menggunakan kaki kanan. Maka, lutut aku menjadi sangat lembik. Kemudian, selepas aku mencuba berjalan tanpa menggunakan tongkat, aku akan berasa kurang selesa di bahagian yang dimasukkan besi. Perkara ini terjadi kerana ada sedikit bahagian tulangku yang belum bercantum. Jadi, kesimpulannya aku tak nak mencuba berjalan tanpa tongkat sehingga pemeriksaan selanjutnya pada 27 Julai 2009 yang akan datang.

Ok, cerita seterusnya.

Malam tadi sekitar jam 7:30 malam, telah terjadi kemalangan di jalan hadapan rumahku (rumahku terletak di tepi jalan utama). Ketika itu, aku sedang melihat adik aku memotong bahan-bahan memasak seperti bawang, lada, dah bawang putih. Aku dan adik aku terdengar bunyi yang kuat. Lalu dia bertanya kepadaku tentang bunyi tersebut. Aku buat tak tahu menahu saja. Kemudian menuju ke bilik air untuk berwuduk. Selesai solat Maghrib, Abang Nazri iaitu peniaga di hadapan rumahku mengetuk pintu rumah bertanyakan lampu suluh kerana terjadi kemala
ngan di hadapan rumah. Aku terkejut, lalu menuju ke hadapan.

Sakit-sakit pun nak menyibuk ke? Hehe...

Kejadian tersebut melibatkan sebuah Perodua Kenari berwarna putih dan juga Proton Iswara berwarna biru. Kereta Kenari tersebut dipandu oleh seorang pemuda, yang cuma mengalami kecederaan di tangan. Menurut saksi yang menolong, kereta Kenari tersebut terbalik-balik di jalan beberapa kali sebelum pemandunya terhumban keluar (kes tak memakai tali pinggang keselamatan) sebelum dihempap oleh keretanya. Saksi yang ternampak telah menolong membetulkan posisi kereta yang terbalik tersebut untuk menyelamatkan mangsa yang tertindih kereta tersebut.

Maka, dengan itu tangannya telah cedera dihempap kereta. Sewaktu aku melihatnya, pemandu tersebut boleh berjalan lagi untuk mencari telefon bimbitnya, tapi aku dapat rasakan kepalanya sudah pening (mamai) akibat kemalangan tersebut. Tayar kanan hadapan kereta telah tercampak jauh, di samping kerosakan teruk pada bahagian enjin. Aku sempat menangkap gambar kereta tersebut namun tak cukup jelas akibat ketiadaan fungsi 'flash'.


Bahagian sisi kiri kereta Kenari.

Bahagian sisi kanan kereta Kenari. Tayar hadapan telah tercabut.

Untuk sebuah lagi kereta, iaitu kereta Iswara tersebut. Kereta Iswara tersebut dipandu oleh keluarga Cina. Menurut orang ramai, ada penumpang yang dikejarkan ke hospital akibat kecederaan teruk di kaki. Manakala semasa aku ke tempat kejadian, aku ternampak pemandu kereta Iswara tersebut masih di situ. Kecederaan yang dialami juga seperti pemandu Kenari terbabit iaitu kecederaan di tangan. Kereta Iswara ini telah terbalik ke tepi jalan, mujurlah kawasan terbabit berumput. Dapat mengurangkan impak juga. Satu lagi yang aku perasan, kereta Iswara ini telah melanggar penanda jalan 'Bahaya'. Agak bergaya juga bukan? Hehehe...

Kereta Iswara terbabit.

Baiklah, setakat sini saja coretan aku. Berjumpa lagi di entri akan datang. InsyaAllah.

Salam.

16 comments:

--{♥Mahirah Abd♥}-- said...

ish2...
bahaya nyer...
berhati2 la bwk kete...

Misshy Innz said...

huu
agak trk kecederaan kerete
;x

syaf said...

woo teruk gak excident 2 bro...
so x de yg mati right..
anyway ko plak excident nape
sowwy r aku blogger baru...so x tau ape cite...heheh anyway aku syaf

fareast said...

1. Agak teruk jugak accident ni.

2. Ko patut buat part time kerja dengan Malaysiakini la. Bila ko baik nanti, cerita perkara sebenar.

3. Aku kagum dengan kau, kagum ke? Walaupun sakit nak tengok jugak.

4.Tak de kemalangan jiwa kan.

5. Syukur alhamdulillah.

Anonymous said...

faiz!! alhmdulillah xde kmlgn jiwa ragut nyawa.. huhuu..

ish kamoo nie.. skit pn jln lagi.. tpi xpe.. make it s ur exercise..

kn kn..??

truk! mmg truk!


haish!

khayze said...

hope nnt cepat smbuh. da msk kelas kang susa nk gne tongkat lg, ye x.. =D

eeh.. takotnye kmlgn mcm tu. risau tgk kete remuk mcm tu skali..

sperti biase, kao amik gmbr je kan. hehe..

Tfaaaaaa said...

cubela jgn degil.haihh paes nih..ade jugak yg kne babap ni kang.ke nk pelempang?
muahaha

uishh..dasyat gk kete tu ehh..

sakit2 pon nyempat amik gmbr ke?hihih

Faiz Syazwan said...

kak mahirah - agak bhy gak la,rmi ckp yg bawak kenari tu laju bawak nya..tp malang x berbau kan..huhu..

innz - mmg teruk la kereta tu,smpi tercabut tyr tu..haih..

syaf - teruk bro,ms aku dtg dah siap betulkan posisi keta..klu x,terbalik keta tu..so far,kmlgn cam2 jela..cuma di pihak yg naik iswara tu jela,xtaw apa cite lg..dah kne g hospital tu..

ha,nm aku faiz,slmt dtg ke dunia blogger..:)

fais - haha,keja dgn malaysiakini?ko bergurau ke apa?kah3..hehe..Alhamdulillah stkt yg aku taw,xde kmlgn jiwa lg..

tieha - hehe,xpelah,nk blaja jln2 je..hehe..biasakan diri,ok kan?hehe..

khay - InsyaAllah akan sembuh dlm ms terdekat ni..doakan jela ok..taku wey kmlgn camni..aku duk tepi amek gmbr jela..haha..

tfa - nak degil gak,haha..meh la babap,kah3..

dahsyat kan keta tu,nsb baik x transform jd transformer..hahaha..amek gmbr time sakit br feel,hahaha..jd tumpuan je smlm..lalala..

The Lulu said...

waaaaaa..sgt dasyat!!

eh..pkai 1 tongkt dah?
lg sakit ketiak taw x..

Anonymous said...

haish!!!

perasan artis la tu... tfa kn kn kn..??


cett..

;DD

miss ana farhana... biar die skit ketiak tu.. degil sgt!



haish!!

babap skng tfaa... jom jom...


;DD

Faiz Syazwan said...

ana - mana sakit,dah leh biasakan diri,hehe..kne blajar,pasni nak kne lepas tgkt lak..lg mencabar,hehe..

Faiz Syazwan said...

tieha - owh,nak tag team dgn tfa ea..mn dpt..hehehe..

Anonymous said...

dpt!!!!!!!!!! lalalaa..

;D

Faiz Syazwan said...

tieha - haha..xleh2,jgn sesekali kamu tag team..haha..

EIPUL said...

takut dowh tgk kemalangan... aku memang phobia gler... sebab aku dah 2 kali accident + banyak kali hampir accident... LOL

Faiz Syazwan said...

epul - hehe..aku pun takut..hehe..sbb tu skrg ni kne selalu beramal,sbb kita xtaw bila kt mati..tol x..hehe..

aku byk kali kmlgn,tp last year la plg teruk,smpi pth kaki..haha..