Monday, June 8, 2009

Percubaan membuat kad undangan perkahwinan

Salam kepada semua.

Ok, menurut tajuk entri di atas, aku dengan jayanya berjaya menghasilkan satu kad undangan perkahwinan. Pada awal pagi ini, semasa aku sedang ber'YM', aku terperasan yang hari ini, Khairiah (ini bukan Khay, jangan perasan ye Khay,hahaha...) juga turut 'online'. Saja aku menegur, berbual-bual. Hingga tiba satu topik, iaitu membuat kad undangan perkahwinan. Katanya, abangnya meminta tolong untuk membuat kad undangan perkahwinan yang 'simple'. Untuk dihantar melalui e-mail sahaja. Mungkin 'simple' lah juga agaknya. :)

Ok, aku dengan rela hati menolong membuatkan kad undangan perkahwinan tersebut. Aku tahu, aku tak pernah mencuba lagi sebelum ni, tapi dengan sedikit ilmu untuk mengendalikan 'software' Adobe Photoshop, aku mencuba juga. Maklumat-maklumat seperti nama pasangan pengantin, tempat dan tarik telah diberi. Begitu juga dengan gambar yang telah di e-mail kan kepada aku. Setelah berfikir dan mencuba, aku telah menghasilkan kad seperti di bawah. Ok, tak lawa bagi aku, aku pun tak berpuas hati, tapi aku dah buntu idea. Maka, hasilnya begini, dan aku telah menghantarnya kepada Khairiah melalui e-mail. Harap mereka berpuas hati.


Kalau anda nak mengkritik ke mengutuk ke,silakan lah. Aku menerima dengan rela hati. Yang penting, kita boleh belajar dari pengalaman kan. Betul tak? :)

Ok la, sampai sini dulu entri ini. Kita berjumpa di entri akan datang. InsyaAllah.

Salam.

10 comments:

khayze said...

hurm. ak ingt Khairiah itu aku. Sedikit perasan disitu. haha. sebaik ko buat kurungan. Tp nama ak eja lain. lol.

mmg nak kale biru ke kad tuh? leh je di cantikkan lagi. maybe elemen2 romantik? wahh!~~ apetah elemen itu ak pon krg pasti.

Faiz Syazwan said...

haha..mmg ejaan lain ok..:)

aku sj je buat biru,pelik ke?haha..aku pun x puas ht tgk kad ni..xtaw mn silap..haha..xpe,berbaloi mencuba..

The Lulu said...

ok gak kad ni..
pndai2..
tie wat kn kad raye untuk sy leh?

Khairiah said...

amoih..siap display..glamor la seantero dunia hehehe..by da way, TQ 4 helping..

flovatedz said...

hemmm pretty good...ok jerwww...

Faiz Syazwan said...

ana - ok ke?hehe..thanks..maklumlah,percubaan pertama kali kan..

leh je wat kad raya,tp klu x lawa jgn la marah lak ye..hehe..:P

Faiz Syazwan said...

khairiah - hehe..mmg glamer la kan pasni,rmi2 dok pakat dtg g mah tu..haha..

no biggie.. :)

Faiz Syazwan said...

lady fafa - hehe,ok ke ni?thanks ea for the comment..

InsyaAllah pasni nak imporve skill lg..belajar sket2.. :)

onlinekadkahwin said...

design yg cukup bagus. Teruskan usaha membuat design kad kahwin. Mungkin 1 hari nti ada org nak tempah kad kahwin atau jemputan kad kahwin

Faiz Syazwan said...

thanks,tp belum cukup ilmu di dada lg..:)