Tuesday, April 21, 2009

Blog Walking Spree

Salam kepada semua.

Apakah itu 'blog walking'?

Ha,senang cerita, 'blog walking' bermaksud, melawat blog siapa-siapa sahaja, dan jangan lupa meninggalkan komen anda sama ada di entri, cbox atau pun shoutmix.

Ha,betul lah kot definisi aku ni, kalau salah pun tak apa lah, bukan penting sangat, janji aku faham maksudnya. Jadi, dipendekkan ceritanya, hari ini, aku telah merajinkan 'blog walking' ke blog-blog orang. Destinasi pertama ialah blog Adzfar (http://blog.adzfar.com/), iaitu rakan blogger yang aku kenali di pertandingan mainkata.

Bermula dari blog beliau, aku telah mengklik setiap satu nama blogger yang meninggalkan komen di shoutmix blog beliau. Lalu, berlakulah 'blog walking' spree. Hehe...

Aku mendapat ramai kawan, maklumlah, aku baru memulakan 'blog walking'. Sebenarnya dah lama aku tahu mengenai perkara 'blog walking' ni, iaitu dari Eym.

Seronok rasanya, kerana selain mendapat rakan-rakan blogger yang baru, aku juga berpeluang membaca entri-entri yang memberikan kepuasanku membaca. Sebagai contoh, di blog Mahira (http://mahirahabd.blogspot.com/), aku telah menjumpai satu entri yang mempunyai gambar 'cupcake' yang mempunyai patung 'Pooh' jika tak silap aku. Sangat comel kerana buah hatinya yang menghadiahkan kepadanya. Bila agaknya akan tiba masanya aku untuk berbuat begitu? Hehe...

Kemudian, aku berkenalan pula dengan seorang blogger dari Terengganu, iaitu Tieha (http://nurfad.blogspot.com/). Sempat juga berborak melalui shoutmix, tetapi kerana leceh, kami telah menggunakan YM setelah Tieha berjaya men'add' aku di dalam YM nya. Banyak juga yang dibualkan, antaranya mengenai list lagu yang popular masa sekarang. :-)

Jadi, dengan ini, aku akan menjadi 'blog walker' yang hebat. Hehe..

:-)

7 comments:

Milimilo said...

blog walking ni best kalo ade byk mase free.n org yg tglkan link mase blog walking ni salunye xsombong.

Faiz Syazwan said...

hehe..betul3..

sy mmg free pun,cuti 1 sem ni,seronok dpt on9,tp x seronok sbb kne extend study..huhu..

smntara cuti,biarlah blog walking puas2..

:-)

Anonymous said...

blog hopping..
hee.. sy pn suke.. oh thanx kamoo..

;D berfaedah nie.. berkenalan ngn kekewn baru..

kite tukar lgu lgi len kli k..?heee...

mahu jdik blog walker yg hebat jugak..

*oh..impian fatiha yg barukah..??hahaha..*

Tfaaaaaa said...

wahaha..saye salah seorg la kn?
ngiahaha..
selamat berkenalan faizzz :D

Faiz Syazwan said...

Tieha -
hehe,bagus2,teruskan niat murnimu..memang berfaedah,sihat pula tu,yeke??

nak gak tukar lagu,tp tunggu ada Tmnet streamyx la..hehe..

ok la,kita sm2 jadi blog walker terhebat,haha..impian juga tu bah..:-)

Tfaaaaaa - panjangnya nama kamu,hehe..

yela,kamu salah seorangnya,byk sgt,lupa nak masuk nama kamu..hehe..

selamat berkenalan juga cik tipah..

p/s - tipah tertipu tertipu tipu tertipah..keh3..rndu sama lagu ni bah..:-P

mai.zatul said...

saye pon ske blog walking..
klo ade masa tluang la..
hehe..
n sume blogger2 x sombong..
tu yg bes..
nice to meet u!
;D

Faiz Syazwan said...

mai.zatul -
it's a pleasure to know all blogger.

sy tgh terluang,mmg la blog walking spree,keh3..

n also,nice to meet u too..

:)