Wednesday, December 28, 2011

Kenapa patung itu diletak di bumper?

Salam kepada semua.

Maaf kerana entri yang agak emosi yang ditaip oleh aku sebelum ini. Mood aku ni kadang-kadang ok je memanjang, tapi bila dah sampai ke tahap mood buruk, memang memanjang juga lah, sampai terbawa-bawa ke alam maya ni. Di blog saja, aku tak marah-marah dan menyumpah seranah di 'Facebook'. Macam budak-budak. :)

Berbalik kepada tajuk, anda semua pernah tak perasan kereta yang mempunyai patung yang disangkutkan di bumper belakang? Pasti pernah tengok kan? Bagi aku, benda ni umpama 'trend' masa kini. Tapi kenapa mereka berbuat sedemikian?

Yang pasti, ramai yang melakukannya kerana 'trend' semasa, tanpa mereka sedari apa maksud sebenarnya perbuatan mereka itu. Nampak macam bergaya dan 'style', tapi awas, ini jawapannya.

Sebenarnya itu semua merupakan budaya di Thailand. Masyarakat di sana percaya bahawa ianya sebagai tawaran kepada roh mangsa kemalangan jalan raya. Mereka percaya yang roh -roh tersebut akan bermain dengan anak patung itu dan tidak akan mengacau pemandu kenderaan yang menyangkutkan patung di bumper mereka. Mereka juga percaya roh-roh si mati selalu berlegar-legar di kawasan kemalangan berlaku. Mereka juga mempercayai yang hantu menunggu masa untuk dilahirkan dan akan membuat kacau dengan menyebabkan kemalangan jalan raya dengan mengacau pemandu-pemandu kenderaan yang melalui kawasan itu.

Untuk artikel lengkap, boleh rujuk di sini : Iluvthailand

Jadi, sebagai seorang Muslim, jangan terlalu mengikut sangat budaya luar secara melulu. Buat kajian, amalkan jika baik, dan tinggalkan jika tidak baik. Budaya yang nampak 'simple' ini mungkin akan dipandang remeh oleh masyarakat kita, tapi sedarlah, akidah kita boleh terpesong dengan cara begini.

Maka, selamat mencuba dan selamat beramal. :)

*RJD2 - Ghostwriter.

Sunday, December 25, 2011

Bla Bla Bla

Susah betul bila rancangan yang disusun dari dulu terpaksa berubah dalam sekelip mata.

Susah betul bila terpaksa mengikut kehendak orang lain, dan terpaksa memendam rasa.

Susah betul nak memahami perasaan orang lain, dan susah betul nak menolong orang lain mencuba memahami perasaan kita.

Susah dan susah.

Rasa macam nak campak iPhone ni jauh-jauh, banting kuat-kuat pun ok. Tak pun patahkan je, biar hilang geram.

Haih.

Saturday, December 24, 2011

Jangan meludah di tempat awam, ops, di muka orang!



 Salam kepada semua.

Dewasa ini, pelbagai perkara, pelbagai isu yang kita semua alami dan dengar. tapi kes yang satu ni memang buat aku nak tergelak.

Dah tua-tua pun nak meludah di merata-rata tempat ke? Ops, bukan di merata-rata, di muka orang. Hahaha... Aku tengok video tu pun aku tergelak. Mana lah adab meludah dia ni kan. :P

Dan 1 lagi, otak bukannya terletak di kepala lutut. Mengikut pengalaman aku, otak ni terletak di dalam tengkorak di bahagian paling atas dalam struktur badan manusia. Kalau tak percaya, boleh tanya cikgu subjek Biologi semasa aku belajar di tingkatan 4 dan 5.

Mungkin dia tak ambil subjek Biologi masa SPM dulu. :)

Jadi, nak meludah biarlah di singki, lebih beradab. Boleh tak panglima? Hahaha..

Kalau nak tengok video tersebut, sila tekan pautan :

Panglima Ludah

Bak kata Boboiboy, terbaik. Oh, terbaik untuk Adam Adli, bukan panglima ni. :)

*James Brown - Get on the Good Foot

Saturday, December 10, 2011

KUL Sign 2011

Salam kepada semua.

Akhirnya acara KUL Sign akan berlangsung untuk kali kedua-nya pada tahun ini. Acara ini mula diperkenalkan pada tahun lepas, iaitu tahun 2010. Menurut perancangan asal, KUL Sign 2011 ini dijadualkan pada 17 -18 Disember 2011. Tetapi setelah mendapat maklumat dan rekod dari Jabatan Kaji Cuaca (Meteorlogi), acara ini akan ditunda ke satu tarikh lain.

Apa-apa pun, bagi yang mempunyai kelapangan, marilah turut serta menonton aktiviti ini. Bagi jurugambar, saat-saat semasa acara ini pasti boleh diabadikan pada koleksi gambar pada album anda semua. Satu 'moment' yang pastinya berharga kerana acara ini hanya diadakan setahun sekali.

Di bawah ini adalah poster dan juga pautanberkaitan dengan acara KUL Sign 2011 ini.


Ok, itu saja untuk entri kali ini. Berjumpa lagi di entri akan datang.

Salam.

Tuesday, December 6, 2011

Mega SNF JFZR/CRCS 2011

Salam kepada semua.

Alhamdulillah, setelah begitu lama merancang, akhirnya program 'Mega SNF' ini berjaya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Oh ya, sebelum bercerita panjang lebar, aku akan terangkan serba sedikit mengenai maksud SNF, JFZR dan juga CRCS.

SNF - Saturday Night Fever

JFZR - Johorean FZ Riders

CRCS - Crazy Riders Chisel Stone

Ok, kenapa dinamakan Mega SNF?

Jika setakat SNF sahaja, setiap hari Sabtu minggu bila-bila pun boleh diadakan, tetapi Mega SNF ini hanya akan berlaku sekali dalam setahun.

JFZR ni seperti maksudnya lah, iaitu gabungan penunggang motosikal Yamaha FZ150i yang menetap atau bermastautin di Johor.

CRCS pula sebenarnya merupakan sebuah kumpulan penunggang motosikal Yamaha FZ150i juga, cuma lebih spesifik kepada yang menetap di Batu Pahat, Terdapat juga ahli-ahli CRCS yang menetap di luar dari Batu Pahat disebabkan pengaruhnya yang kuat di bawah pimpinan Mrtok49 yang merupakan presiden CRCS.

Berbalik kepada program Mega SNF tersebut, telah diadakan pada 3 & 4 Disember 2012 iaitu pada hari Sabtu dan Ahad lepas. Ada yang bergerak dari Kuala Lumpur, ada yang dari Perak, dari Johor Bahru, dan tak lupa juga kami dari Batu Pahat. Kami berkumpul di Dataran Tangkak sebelum memulakan perjalanan secara berkonvoi ke Taman Negara Gunung Ledang dengan diiringi marsyal yang dilantik.

Kami masuk ke chalet pada jam 12:00 tengahari hari Sabtu, dan kami keluar dari chalet pada jam 12:00 tengahari keesokan harinya. Jadi, tempoh kami di sana hanyalah sehari sahaja. Aktiviti pada hari pertama adalah seperti berenang di air terjun, dan juga mesyuarat yang membincangkan beberapa perkara, dan tak lupa juga bersama-sama menyambut kepada sahabat kami iaitu Mamud CRCS. Pada malam itu juga, beberapa buah motor telah mendapat sentuhan rahsia untuk memberikan kelajuan optimum pada motor masing-masing. :)

Keesokan harinya iaitu hari Ahad, kami melakukan aktiviti 'Abseiling' dan juga 'Flying Fox'. Seronok juga dapat melakukan aktivit lasak seperti ini setelah hampir 8 tahun tidak melakukannya.

Dan saat yang paling gembira adalah, kehadiran aku ke Taman Negara Gunung Ledang ini ditemani oleh insan tersayang yang datang dari jauh dengan menaiki bas semata-mata untuk menyertai program ini. Aku gembira melihat si dia begitu riang dapat menyertai kami semua. :)

Faiz Syazwan & Nur Hazwani
Mamud CRCS bersama adunan tepung dan telur.
Mesyuarat tergempar JFZR/CRCS.
Vanilla Coke Sweet dengan kepakaran beliau melakukan sentuhan rahsia.
Wajah-wajah riang ahli-ahli JFZR/CRCS.
JFZR/CRCS.
Beratur menunggu giliran menunggang menaiki bukit curam untuk pulang.
Teratur dan sistematik.

Monday, November 21, 2011

21 November 2008 - 21 November 2011

Salam kepada semua.

Sudah 3 tahun rupanya sejak aku terlibat dalam kemalangan tersebut.

Walaupun sudah lama, masih terpahat di ingatan saat-saat ketika kejadian itu berlaku.

Dan aku juga ada terlibat dalam kemalangan baru-baru ini, segala yang kualami ketika itu masih lagi jelas di ingatanku.

Aku mengatakan begini bukan kerana ingin mengenang kisah lalu, tetapi kerana ingin mengingatkan diriku dengan peluang yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepadaku untuk terus hidup dan beramal.

Kakiku ini sudah 3 tahun dimasukkan besi, sehingga kini masih terasa sakitnya, dan masih belum normal dalam berjalan.

Aku tidak menyalahkan takdir, kerana dari apa yang berlaku itu, pasti ada hikmah di sebaliknya.

Alhamdulillah.

Sebelum terlambat, tahniah kepada pasukan 'Harimau Muda' B23 yang berjaya merangkul emas di dalam acara bola sepak Sukan Sea 2011.

'Proud to be Malaysian'

Tuesday, November 15, 2011

12 November 2011

Salam kepada semua.

Belum pun jejak 3 tahun aku mengalami kemalangan, iaitu pada 21 November 2008 yang lalu, pada tarikh 12 November 2011 ini aku terlibat lagi dalam sebuah kemalangan di Parit Raja, Batu Pahat.

Akibatnya, aku mengalami luka-luka dan bengkak di badan. Motorku pula mengalami kerosakan di bahagian kiri dan telah dihantar ke kedai Yamaha Batu Pahat untuk dibetulkan. Menurut tuan kedai, motorku mungkin akan mengambil masa hingga sebulan lebih untuk disiapkan berdasarkan kerosakan yang dialami.

Maka, untuk tempoh itu, aku juga sama sekali tidak akan 'mengukur jalan ' ke mana-mana lagi kerana ketiadaan kenderaan. Dengan ini, aku harus fokus pada sesi praktikal aku yang akan habis pada 23 Disember 2011 kelak.

Namun, aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberiku peluang untuk hidup walaupun kemalangan itu agak teruk. Dari kemalangan ini, aku dapat mengambil nilai-nilai positif serta aku yakin ada hikmah di sebalik semua ini.

Kepada motorku, jumpa lagi di bulan hadapan. :)

Friday, November 11, 2011

11 November 2011

Salam kepada semua.

Ya, tarikh ini mungkin agak istimewa. Tarikh ini berlaku hanya sekali dalam seribu tahun.

Pada 17 tahun yang lepas, seorang insan telah dilahirkan ke muka bumi ini. Insan itu tak lain tak bukan adalah adik aku yang berusia 17 tahun pada masa ini.

Tahun ini, dia akan menduduki peperiksaan yang sangat penting iaitu SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).

Aku dan ahli keluargaku telah merancang untuk memberinya hadiah, iaitu seutas jam tangan yang dipilih oleh aku. Ini kerana jam tangan yang aku berikan kepadanya sebelum ini telah mengalami kerosakan. Jam yang kami pilih merupakan dari jenama CASIO, dan melalui rangkaian produknya iaitu G-Shock yang sememangnya dikenali dengan ketahanannya. Aku harap jam ini akan bertahan dengan tuan barunya sama ada di dalam susah dan senang.

Semoga dengan hadiah jam tangan yang kami berikan ini akan membuatkan dia menjadi lebih bersemangat dalam menduduki peperiksaan. Dan juga aku mahu dia tahu yang kami semua menyayangi dia. :)

Casio G-Shock DW-5600MS-1
Adikku, Mohammad Aizat yang berbaju hijau. Yang lain adalah sepupu-sepupu kami.
*Mr Scruff - Kalimba

Thursday, October 27, 2011

Muhasabah Di Malam Hari


Insan ini boleh bersolat di tepi kaki lima, di dalam hujan pula. Kita pula ada tempat yang lagi selesa untuk menunaikan kewajipan ini, apakah ada lagi alasan yang lebih kukuh untuk kita meninggalkan solat?

Dunia oh dunia.

Wednesday, October 26, 2011

Hari Rabu Tanpa Kata-kata #1


*Terima kasih kepada Siti Surina sebab mengambil gambar ini.

Monday, October 24, 2011

QR Code

Salam kepada semua.

Sekadar entri ringkas. Aku telah memasukkan sebuah aplikasi di iPhone ku yang bernama 'QRReader'. Agak menarik juga kerana ia akan mengimbas kod QR yang baru diperkenalkan beberapa tahun ini. Aku juga telah membuat sebuah kod yang akan menjalinkan kod itu terus ke alamat blog aku.

Mungkin agak lambat bagi aku sebagai pengguna iPhone yang tahu mengenai aplikasi ini. Apa-apa pun, ianya memang sangat mengujakan. :)


Bagi pengguna telefon pintar yang mempunyai aplikasi untuk mengimbas kod ini, anda dipersilakan untuk melakukan imbasan terhadap kod ini. Selamat mencuba.

Jangan lupa, imbas sekali kod kedua ini. Sedikit pesanan untuk para pembaca. :)

Wednesday, October 19, 2011

iPhone 4 Pun Bermasalah?

Salam kepada semua.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, iPhone ku telah mengalami masalah. Kegagalan 'home button' untuk respon dengan cepat menjadi satu masalah besar bagiku. Aku terpaksa menekan dengan laju dan kuat semata-mata untuk kembali ke paparan utama iPhone.

Setelah melakukan sedikit pencarian menggunakan Encik Google, aku telah menemui beberapa tips berguna. Kemudian, aku praktikkan pada iPhone ku, dan ternyata fungsi 'home button' nya kembali kepada prestasi normal. Keadaan ini berlanjutan selama beberapa minggu dan aku amat bersyukur.

Aku juga sempat bertanya kepada pekerja di Apple Store yang terletak di BP Mall mengenai masalah ini. Jika iPhone ku mengalami masalah ini, aku boleh menghantar kepada mereka dan mereka akan menghantar iPhone ku ke 'headquarters' di Kuala Lumpur untuk pemeriksaan susulan kerosakan. Jika terbukti bermasalah, mereka akan menggantikan iPhone itu kepada iPhone yang baru. IPhone ku juga masih lagi di dalam tempoh jaminan sehingga 13 April 2012.

Dan kini, iPhone ku mula bermasalah semula. Aku terpaksa mengambil langkah untuk menghantar iPhone ini ke Apple Store tersebut. Harap-harap masalah ini akan dapat diselesaikan dengan cepat. Tetapi sebelum tu, kena dapatkan RM60 untuk proses ini. Siapa-siapa yang baik hati, silalah berikan aku duit. :p

Oh ya, kepada Encik iPhone, silalah menjadi baik kalau tak nak dihantar ke Apple Store dan menjadi tukun di sana, hahaha...

Tamat.

*Keane - Somewhere Only We Know.

Coretan Pagi Hari.

Salam sejahtera kepada semua pembaca, dan juga selamat pagi.

Sejuk sungguh pagi ini, adakah kerana memang cuaca sejuk? Atau kerana kesan selepas penggunaan kipas sepanjang malam tadi. Tak kisah yang mana satu pun, yang pastinya sejuk. Warghh!

Pagi-pagi lagi aku sudah mendengar lagu menggunakan 'iPod Shuffle' ku. Agak lama juga si kecil ini menetap di dalam bekas simpanannya tanpa diusik. Baru saja malam tadi aku mengecas semula baterinya.

Dengar punya dengar, sampai ke lagu dendangan Maher Zain. Lagu yang bertajuk 'For The Rest Of My Life' itu menyentuh hati aku, tambahan pula dengan cuaca yang sejuk ni. Terasa begitu bersyukur masih hidup hingga kini, masih ada masa untuk memperbaiki diri.

Aku sangat bersyukur kerana dilahirkan dengan nikmat Islam. Dan aku juga amat bertuah dilahirkan dalam kalangan kaum Melayu dan juga sebagai anak jati Malaysia. Dibesarkan pula di dalam keadaan aman harmoni. Alhamdulillah.

Berbalik kepada lagu Maher Zain tadi, bila diamati semula, memang meremang bulu roma. Alangkah bahagianya nikmat Islam ini bagi seorang mualaf. Perasaan mereka ini sukar digambarkan. Kesyukuran mereka melebihi segolongan orang yang sememangnya sejak azali itu adalah beragama Islam. 

Aku sering terfikir, alangkah bertuahnya diri ini jika hidup di zaman Nabi Muhammad S.A.W.. Jika aku diberi kesempatan berjumpa baginda, pasti aku akan menangis berjumpanya, seorang yang betul-betul sempurna dari segala aspek. Walaupun di hayat ini, adalah mustahil berjumpa dengan baginda Rasulullah, di akhirat sana pasti berjumpa dengan baginda.

Marilah kita bersama-sama berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Oh, kena bersiap-siap untuk ke tempat praktikal. Kita berjumpa lagi di entri akan datang ya.

Semoga hari ini menjadi hari yang elok untuk anda semua. :)

*Entri ini ditaip pada 18hb Oktober 2011.

Monday, October 10, 2011

Hikmahnya di sebalik perpisahan


Rupa-rupanya dah bertahun-tahun aku menumpahkan kasih sayang pada insan yang tidak setia. Memang ada hikmah di sebalik semua ini.

Untuk lebih memahami cerita, sila rujuk entri ini.
Ku Harap kau Bahagia

Kini, ku temui bahagia bersama pengganti gadis curang ini. Doakan kami bahagia.

❤ Nur Hazwani

Friday, October 7, 2011

Hak anda dalam berhubungan

Salam kepada semua.

Alhamdulillah, aku masih lagi berdaya untuk menaip entri ini. Syukur juga kerana dengan nikmat kehidupan yang Allah S.W.T. telah berikan kepadaku sehingga hari ini.

Setiap manusia itu dicipta dan dijadikan secara berpasangan. Maknanya, pasangan bagi seorang lelaki itu adalah seorang perempuan. Fitrah kejadian manusia sememangnya begitu.

Perkara yang ingin aku tekankan adalah mengenai perhubungan kasih sayang antara si jejaka dan juga si gadis. Persoalannya di sini, bagaimana cara mereka menunjukkan kasih sayang mereka? Adakah dengan bermanja sahaha tanpa ada sedikit pun pertengkaran? Agak bagus jika tiada pertengkaran ataupun perselisihan pendapat, mungkin mereka itu memang pasangan yang sempurna.

Berbalik kepada topik kita, hak anda sebagai pasangan adalah terhad. Secara zahir dan juga secara batin. Kita ini orang Melayu, dilahirkan pula dengan nikmat sebagai seorang yang beragama menyembah Allah S.W.T., sudah pasti mempunyai had-had pergaulan.

Kemudian, menurut pendapat aku, selagi satu-satu pasangan itu belum mempunyai hubungan yang sah, mereka tidak seharusnya menyekat pergaulan dan juga aktiviti pasangan mereka selagi ianya tidak melanggar hukum syarak.

Setiap orang mempunyai hak-hak dan juga privasi masing-masing. Jika kesemua kelebihan ini juga dikawal oleh pasangan mereka, adakah itu dinamakan hubungan yang bagus? Mungkin kerana mereka takut ditipu kerana menyangkakan pasangan mereka akan curang. Lain orang, lain caranya. Tetapi seperti yang aku tegaskan sebelumnya, hak ini tidak patut dirampas dari seseorang itu.

Aku terpanggil untuk menulis entri ini atas sebab pengalaman yang aku lalui juga. Secara jujur, aku tidak langsung menyekat aktiviti teman wanita aku. Dia bebas berkawan selagi tidak melebihi batas. Bagi aku, ini adalah hubungan yang sihat. Tidak perlu syak wasangka, tidak perlu mengongkong. Ramai di antara kenalanku yang dikawal kebebasan mereka oleh pasangan masing-masing. Kawalan secara senyap-senyap dan agak terkenal adalah dengan menggunakan 'message copy' yang servisnya diperkenalkan oleh sebuah syarikat telekomunikasi. 

Bagaimana fungsi servis ini pula? Apabila anda menghantar mesej (SMS) kepada seseorang, mesej anda tidak akan disalin semula, tetapi apabila orang tersebut membalas semula mesej anda, mesej itu akan disalin semula secara automatik dan dihantar kepada pasangan yang telah mengaktifkab servis itu di nombor telefon bimbit anda. 2 orang rakanku telah menerima nasib begini.  Jadi, di manakah kebebasan dalam pergaulan ini? Ini belum berkahwin lagi, sudah dikawal sebegini rupa.

Manusia, sememangnya ada perasaan takut. Tapi jangan disebabkan takut menghadapi hari-hari muka, anda bersifat pengecut dengan menjadi sebegitu. Tidak perlulah mengawal hidup orang lain secara begitu. Anda juga pasti tidak suka dikawal, betul kan?

Jadi seorang yang realistik. Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti.

Sekian, renung-renungkan dan selamat beramal. InsyaAllah.

Sunday, October 2, 2011

Berakhlakkah kita?

Salam kepada semua.

Hari ini Hari Jumaat,penghulu kepada segala hari. Aku masih lagi dalam tempoh latihan industri. Sudah hampir 3 minggu aku menjalani latihan di kilang membuat mesin ini.

Dalam tempoh sependek itu juga, aku dapat menyaksikan bermacam-macam tingkah laku dan juga ragam manusia. Di bahagian tempat aku berkerja ini, semuanya terdiri dari orang berbangsa Nepal. Setakat ini, mereka memang baik, tiada banyak masalah. Cuma sedikit masalah saja iaitu berkaitan dengan komunikasi. Maklumlah, aku ni berbangsa Malaysia, bertutur dalam Bahasa Melayu. Mereka pula bercakap bahasa ibunda mereka. Namun ada seorang dari mereka yang boleh bertutur dan memahami bahasa ibunda kita. Pekerja ini sudah menetap di Malaysia hampir 5 tahun.

Seperkara yang aku perhatikan pada mereka ini, dan aku sangat tidak menyenangi perbuatan mereka adalah sikap mereka yang suka meludah di merata tempat. Bukannya tiada longkang atau bilik air untuk mereka berbuat demikian. Mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi mereka ini di negara asal mereka. Namun ada juga orang kita, bangsa Melayu turut berperangai demikian. Sekarang ini, siapa yang tak berpada di bumi sendiri? Di mana akhlak terpuji kita sebagai orang Melayu dan beragama menyembah Allah S.W.T.?

Kita yang menetap di bumi sendiri ini seharusnya memaparkan tauladan yang baik supaya boleh menjadi ikutan pada yang melihat kita. Jadikan diri kita ini contoh yang baik, yang terpuji.

Hidup ini menjanjikan pelbagai pengalaman dan nikmat, hargai dengan sepenuhnya dan jangan dilupa pula dengan tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi ini. Seterusnya, barulah kita boleh teruskan dengan kehidupan duniawi ini, dan berikthiar untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.

*Entri ini selesai ditaip pada jam 11:14 pagi, 30 September 2011, bertempat di kilang Lian Huat Machinery Sdn. Bhd. *

Sunday, September 25, 2011

Di atas normal

Salam kepada semua.

Kebelakangan ini, aku sering sekali bermuhasabah diri. Aku merenung semua yang berlaku, aku ambil nilai positif dari semua itu.

Pemikiranku berada setahap di atas, mungkin. Semua situasi yang aku hadapi, aku hadapi dengan senyuman.

Aku kembali sedar, tentang tujuan kita ditugaskan di dunia ini. Hidup ini umpama permainan, jadi kita seharusnya menjadi pemain yang baik dan bagus. Jangan jadi pemain yang selalu melanggar peraturan. 

Banyak peraturan, banyak juga hukuman. Untuk tips, ada banyak panduan yang ditinggalkan sejak berzaman. Hayati dan fahamkan isinya.

Pemikiran ini sedikit di atas normal. Sekian.

Wednesday, August 17, 2011

Ramadhan ke-17

Salam kepada semua.

Selamat berpuasa diucapkan kepada umat Islam yang berpuasa.

Secara tak disedari, sudah 17 hari kita sebagai umat Islam menunaikan rukun Islam yang ke-3 ini. Bermakna tinggal lebih kurang 2 minggu saja lagi sebelum kita semua meraikan hari raya Aidilfitri.

Dan sudah semestinya blog aku ini dah lama tidak dikemaskini. Terakhir aku mengemaskini blog adalah pada 27 Julai yang lepas. Agak lama juga.

Biasanya orang ramai akan membeli-belah ketika menjelangnya raya, namun aku sudah bertahun tidak membeli sepasang baju melayu baru untuk hari raya. Cuma mak ada membelikan sepasang songkok bersaiz 21 3/4 untukku. :)

Teringat semasa waktu kecil dahulu, hari raya pasti akan jadi sangat meriah. Tetapi zaman semakin berubah. Semuanya menjadi moden dan atmosfera raya seperti dulu itu tiada lagi. Aku pun sudah membesar, usiaku pula sudah meningkat ke 23 tahun.

Tapi mengambil pandangan positif, hari raya ini aku jadikan sebagai tanda kejayaan menunaikan ibadah puasa selama 29/30 hari di bulan Ramadhan yang mulia ini.  Jadi, semoga kita sama-sama berjaya menunaikan puasa dengan sempurna. InsyaAllah.

Hari raya tahun ini, hari raya pertama yang akan diraikan tanpa kehadiran nyayi dalam hidup kami. Pada hari raya ke-4, kami semua akan berkumpul di Simpang Renggam bersama kerabat keluarga kami. Mungkin kami akan bersama-sama untuk melawat pusara nyayi.

Harap bertemu lagi di lembaran yang akan datang. Dan selamat menyambut Nuzul Quran. :)

*Atmosphere - Sunshine.

Wednesday, July 27, 2011

Bebelan Hari Rabu

Salam kepada semua.

Hari ini hari Rabu, bersamaan dengan 27 Julai 2011 dan 26 Syaaban 1432H.

Ha, semangat betul aku nak dapatkan tarikh bulan Hijrah tu, sampaikan terpaksa menukar tarikh menggunakan laman sesawang Islamicfinder. Bisalah kan, dah terbiasa hidup dengan menggunakan kalendar Masihi. :)

Penukaran tarikh di laman sesawang Islamicfinder.
P/s : Klik pada gambar untuk gambar yang lebih besar.







Mood-mood sebegini biasanya akan datang bila nak dekat-dekat puasa. Ala, biasalah tu kan. :P

Oh ya, bercakap mengenai hari Rabu ni, dan lebih spesifiknya, hari ini lah kan, aku terlihat pelbagai ragam yang ditonjolkan oleh peminat-peminat tegar bolasepak negara kita Malaysia ni. Provokasi berterusan tanpa henti sehingga lah perlawanan pada esok iaitu hari Khamis.

Sebenarnya bagus untuk mempunyai semangat kesukanan, semangat patriotik dan segala jenis semangat tu, tapi tidak perlulah sampai perlu mencarut, mengutuk pihak lawan dengan bahasa-bahasa kesat. Provokasi itu dibolehkan asal tidak mencetuskan sebarang perasaan tidak puas hati dan menghina, lebih-lebih lagi di rangkaian sosial 'Facebook'.

Aku sudah semestinya menyokong pasukan Harimau Malaya, tapi aku juga faham kenapa penyokong-penyokong tegar ini bersifat begitu. Dunia aku dan dunia mereka tidak sama, maka, aku tak nak berceloteh panjang lagi tentang ini. Yang penting, tunjukkan semangat kesukanan tu dengan cara yang betul. Dan semoga pasukan Harimau Malaya akan berjaya ke pusingan seterusnya, insyaAllah.

Poster rekaan khas oleh aku sempena perlawanan esok. :D

Disebabkan sudah 26 Syaaban 1432H, maka tinggal lagi sekitar 4 atau 5 hari lagi sebelum melangkah ke bulan Ramadhan. Tak sabar rasanya untuk berpuasa selama sebulan. Di bulan Ramadhan inilah kita berpeluang melakukan amal ibadah secara maksimum dan secara optimum bagi menumpul pahala dan berpeluang untuk membersihkan diri dengan dosa. Setiap malam terawih punya fadhilatnya yang tersendiri. Maka, bersama-samalah kita mengejar peluang ini.

Semalam, terpandang video tentang bulan Ramadhan yang akan tiba ini. Di sini aku akan berkongsi video tersebut. Video ini tak lain tak bukan semestinya merupakan hasil suntingan Anwar Hadi. Kita saksikan.



Maka, selamat tiba bulan Ramadhan yang dinanti-nanti. Dan selamat berpuasa semua. :)

Jumpa anda di lain hari.

Salam.

Tuesday, July 26, 2011

Crazy Rider Chisel Stone (CRCS)

Salam kepada semua.

Oh, itu Bahasa Inggeris. Maaf, maksud dalam Bahasa Melayu adalah 'Penunggang Gila Batu Pahat', maknanya memang gila lah penunggang-penunggang ni.

Berpeluang mengenali mereka dan meluangkan masa bersama mereka.

CRCS bersama Dato' Noraini (17/07/2011)


Tak banyak untuk diceritakan.

Mereka semua memang sempoi. :)

Friday, July 22, 2011

Along oh Along

Salam kepada semua.

Aku punya seorang abang, dia merupakan abang yang sulong, aku pula yang kedua.

Dahulu kami sangat rapat, kini sudah tak begitu lagi. Aku tak tahu apa punca permasalahan ini, dan aku tak nak ambil tahu lagi.

Sekarang ni, dia dengan hidupnya, dan aku dengan hidup aku. Titik noktah.

Salam.

Saturday, July 16, 2011

Aku tak kisah

Aku tak kisah.

Memang aku tak kisah.

Kau nak ambil rasuah, kau nak buka kasino besar, kau nak menipu semua orang, kau nak minum arak, kau nak bunuh orang, itu semua aku tak kisah.

Tapi aku kisahkan tentang satu perkara, NEGARA KAMI!

Apa hak kau untuk menghalang kami bersuara untuk NEGARA KAMI?

Apa hak kau untuk menyerang kami?

Kau hebat sangat?

Sesungguhnya kaum yang teraniaya itu makbul doanya. Amin.

MALAYSIA TANAH AIR KU. Bukan 1MALAYSIA bongok!

Saturday, July 2, 2011

Aku seorang 'cleaner'

Salam kepada semua.

Ok, baru tadi aku perasan yang dah hampir sebulan aku tidak membuat entri langsung.

Alasannya?

Oh, sudah tentulah berkait dengan tajuk di atas ni. Sesungguhnya memang benar bahawa aku kini sedang melakukan kerja-kerja pembersihan yang sangat sinonim dengan kerja seorang 'cleaner'.

Menjadi seorang 'cleaner' menyebabkan aku sangat sibuk dan tidak mempunyai kesempatan untuk merangka sebarang entri baru.

Berbalik kepada tugasan 'cleaner' ini, aku telah melalui banyak pengalaman serta ilmu baru di dalam bidang pembersihan. Bak kata Pengarah Urusan syarikat tempatku berkerja, "Jangan risau, bidang pembersihan ni tiada tamat tempoh, dan akan berterusan."

Mengambil kata-kata beliau sebagai panduan, aku gagahkan diri ini untuk melalui pengalaman selama 3 minggu sebagai 'cleaner'. Antara pengalaman manis aku adalah ketika bertugas membersihkan sampah sewaktu sebelum, semasa dan juga selepas acara 'Home Fair' yang berlangsung pada 2 minggu lepas. Terbaru, aku baru saja selesai bertugas di acara 'Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran 2011' yang berlangsung pada minggu lepas.

Aku juga telah dibimbing oleh penyelia serta pekerja lama yang sudah mahir mengendalikan mesin-mesin yang digunakan utuk pembersihan. Bukan mudah untuk mengendalikan beberapa jenis mesin terutamanya 'Scrubbing Machine'.

Baiklah, biarkan saja gambar-gambar di bawah ini menjelaskan kepada anda tentang pengalamanku di sana. :)











Ok, cukup untuk kali ini. Masih ada baki beberapa minggu untuk aku menamatkan tugasan ini. Doakan aku berjaya mengharungi segala cabaran.

Salam.

*Plain White T's - Body Parts.

Wednesday, June 1, 2011

Barang yang lepas jangan dikenang


Salam kepada semua.

Memang sudah menjadi kebiasaan jika aku dapat membuat entri baru, pasti akan berasa syukur. Kenapa syukur? Syukur kerana masih diberi peluang untuk merasai pengalaman hidup di bumi yang indah ini. Syukur kerana masih boleh berbakti di muka bumi ini, masih boleh menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah juga.

Seperti yang kita tahu, dunia ini fana. Dunia ini hanya tempat persinggahan sementara untuk kita sebagai hamba Allah S.W.T. Tiada yang kekal di bumi ini.

Mengenangkan pepatah seperti di tajuk entri ini, kita seharusnya sedar, perkara yang sudah lepas itu takkan mungkin akan berulang. Jadi, tiada gunanya untuk mengenang perkara tersebut bagi tempoh masa yang lama.

Minggu lepas, satu perkara buruk telah terjadi kepada teman wanitaku dan juga adiknya. Mereka telah ditipu oleh seorang penyangak lelaki, dan mereka juga telah kehilangan 4 buah telefon bimbit dalam kejadian tersebut. Setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya. Melalui peristiwa tersebut, kita seharusnya sedar yang dunia sekarang ini penuh dengan tipu daya. Kita tidak seharusnya dengan mudah mempercayai seseorang yang tidak dikenali. Kita juga sepatutnya lebih peka dengan keadaan sekeliling sekarang yang semakin mencabar. Ya, dunia sekarang semakin mencabar.

Kepada mereka berdua, diharap dapat bersabar dengan kejadian itu, dan banyak-banyak bemuhasabah dan mengambil iktibar dari kejadian tersebut. Begitu juga dengan anda semua, pastikan anda semua peka dengan keadaan sekeliling.

Kejadian kehilangan telefon bimbit ini pernah berlaku juga padaku, iaitu pada hujung tahun 2008, semasa di tahun pertama ijazah sarjana muda. Ketika itu sudah masuk minggu peperiksaan akhir semester. Akibat kecuaian rakan bilikku yang terlupa untuk mengunci pintu bilik kami menyebabkan dua buah telefon bimbit kami dicuri pada awal pagi. Jadi, pada sesiapa yang mempunyai rakan-rakan rumah atau sebilik, sentiasa nasihatkan rakan anda agar tidak cuai. Lebih-lebih lagi di minggu peperiksaan akhir, kerana kejadian seperti ini selalunya berlaku pada masa itu kerana pelajar menjadi sibuk dan sentiasa tidak peka dek kesibukan itu.

Sekali lagi diingatkan, perkara lepas tak usah dikenang, hanya ambil iktibar dari setiap yang berlaku. Masa itu emas, masa itu tak boleh di undur. Hargai masa anda kerana hidup di dunia hanya sementara.

Sunday, May 22, 2011

Pendakian ke Bukit Broga

Salam kepada semua.

Selamat pagi!

Ok, Alhamdulillah, nampaknya suasana di Sungai Buloh baik-baik saja, cerah saja, belum nampak gaya untuk rintik-rintik air membasahi bumi seperti petang-petang sebelumnya. Oh, lupa pula, baru pagi, petang nanti lain ceritanya.

Berbalik kepada topik iaitu Bukit Broga. Ini pertama kali aku mendaki Bukit Broga ini. Perancangan pun tak berapa sistematik, ini semua boleh dikatakan 'main terjah' je. Tapi apa-apa pun semuanya selamat.

Perjalanan kami bermula pada pagi hari Jumaat baru-baru ini (19hb Mei 2011), iaitu pada jam 01:30 pagi. Di awal pagi ni, semua orang sedang lena dibuai mimpi, kami gigih meneruskan perjalanan ke Bukit Broga. Sebelum ke sana, kami singgah sebentar di IKBN Hulu Langat untuk santai di kolam air panas sekitar kawasan tersebut. Tapi nasib tak berapa menyebelahi kami, air panas pada malam itu sangat-sangat panas suhunya bagi kami. Kaki terasa sangat panas tatkala kami menjejakkan kaki di atas permukaan air tersebut. Mungkin bukan rezeki kami untuk merendam kaki di situ.

Kemudian, kami bergerak ke Semenyih sekitar jam 04:00 pagi melalui jalan gelap, sangat jauh rasanya. Tapi disebabkan bersemangat waja dan berkobar-kobar, kami bergembira saja di dalam kereta. Malam itu ceria.

Setelah tiba di Semenyih, kami singgah di 7 Eleven untuk mendapatkan bekalan air dan juga makanan ringan. Seterusnya kami teruskan perjalanan ke kaki Bukit Broga. Bahagia ni sangat lawak. Kami tak jumpa dengan jalan masuk ke kaki bukit. Setelah berkali-kali berpusing, kami singgah ke balai polis berdekatan untuk bertanyakan arah. Ok, ada juga gunanya polis di Malaysia ni, hahaha...

Tiba saja di kaki bukit, kami mengemaskan barang dan kelengkapan seperti kamera, tripod, khemah dan juga bekalan air dan makanan. Kami merupakan kumpulan pertama yang tiba di kaki bukit tersebut. Pendakian bermula dengan hanya berbekalkan cahaya lampu suluh dari Arif Zahran (Zack) dan juga dari cahaya 'flash' iPhone ku. Perjalanan terasa jauh akibat kegelapan kawasan tersebut.

Setelah lebih kurang 30 minit pendakian, kami tiba di puncak Bukit Broga. Keadaan masa itu masih lagi gelap, maklumlah masa itu lebih kurang jam 05:00 pagi. Aku pun lupa masa sebenar ketika itu dek kepenatan mendaki. Ini merupakan aktiviti lasak pertama aku sejak patah peha 2 tahun lalu. Tahniah untuk diri aku kerana berjaya mendaki bukit. :)

Ok, kita lihat beberapa gambar yang sempat diambil sewaktu di sana.

Berehat, kepenatan setelah mendaki.

Syaeful dan aku. Boleh jadi 'cover album' ni. :)

Maskot 'Twisties'.

'Posing' ketika mendaki. Wafa terlebih berlakon tu. :P

Perjalanan menuruni bukit.

Muka 'gembira' setelah berjaya menuruni bukit.
Alhamdulillah syukur, memang sangat gembira diberi peluang untuk mendaki bukit. Lain kali aku bercadang untuk melakukan aktiviti-aktivit lasak seperti ini lagi. InsyaAllah. :)

Berjumpa lagi di entri akan datang.

Salam.

*Plain White T's - Rhythm of Love.

Saturday, May 14, 2011

Pertama kali ni

Salam kepada semua.

Ok, apa yang pertama kali sebenarnya ya?

Ha, sebenarnya aku sedang mencuba melakukan 'liveblogging' menggunakan 'iPhone', dengan bantuan aplikasi bernama 'Blogwriter Lite'. Ok,sedikit teruja di situ. Tercapai impian untuk melakukan 'liveblogging' ini.

Ruangan 'Home' pada aplikasi 'Blogwriter Lite'.
Ruangan entri-entri blog.



Ruangan untuk mengarang entri.
Agak lama aku tidak mengemaskini blog ini. Terdengar juga desas-desus mengenai 'blogger.com' yang mengalami masalah teknikal baru-baru ini. Mujurlah kini blog-blog sudah boleh diakses berikutan dengan berakhirnya masalah tersebut. Bagi seorang 'blogger' tegar, sudah pasti akan sedikit terkesan dengan masalah teknikal tersebut.

Oh, lupa pula sudah masuk ke bulan Mei 2011. Hari ini pula bertarikh 14hb Mei 2011. Sudah berusia 23 tahun dan 2 hari. Makin berusia, umur makin bertambah. Maka, amalan juga seharusnya bertambah juga. InsyaAllah.

InsyaAllah kita akan berjumpa lagi di entri akan datang.

*G-Shock!

Tuesday, April 19, 2011

Hadiah hari jadi

Salam kepada semua.

Ya, memang ulangtahun hari jadi aku pada bulan April ini. Semuanya baik-baik sahaja. Berita gembiranya, aku telah mendapat wang insurans, Alhamdulillah. Setelah 2 tahun setengah, akhirnya dapat juga. Berikut merupakan hadiah kepada diriku. :)

iPhone 4 (16GB)
G-Shock (DW-6900MC-3JF)
Mophie Juice Pack Plus for iPhone 4
Mercedes Benz T-Shirt (From Mak Long)
Itu saja yang ada buat masa ni. Terima kasih semua yang telah bersusah payah menyambut ulangtahun hari jadi aku. :)