Friday, May 29, 2009

Doakan Pembedahan Mata Kawanku (Usop)

Salam kepada semua.

Apa khabar kawan-kawan semua? Diharapkan kawan-kawan berada di dalam keadaan yang terbaik buat masa sekarang dan selanjutnya.

Baiklah, tujuan aku menulis entri hari ini, tak lain tak bukan mestilah mengenai kawanku Usop.

Semalam siang, kawanku Nizam telah menghantar mesej untuk mengajakku ke Summit BP di bandar. Pada mulanya, aku tak mengetahui kenapa Nizam ni bersungguh-sungguh nak mengajak aku ke Summit BP. Mungkin nak tengok wayang, tanggapan awal aku pada ketika itu. Kebetulan, jika dia mengajak aku ke bandar, aku boleh lah ke Maybank berdekatan dan mengaktifkan 'online banking' Maybank iaitu Maybank2u. Jadi, petang tu, Nizam mesej lagi, bertanya, adakah aku jadi mengikutnya. Kebetulan, kredit kedua-dua nombor Maxis dan Celcom aku telah tamat tempoh walaupun ada banyak lagi kredit. Aku pinjam kredit adik aku sikit, cuma hantar satu mesej nak menyatakan aku jadi mengikut Nizam ke bandar.

Ok, pada waktu Maghrib lebih kurang jam 7:45, Nizam datang menaiki kereta. Jadi, kami terus ke bandar. Di dalam kereta, aku sempat bertanya tujuan sebenar ke Summit BP. Nizam memberitahu bahawa kami akan berjumpa kawan lama iaitu Usop. Tapi kerana apa?

Nizam memberitahuku bahawa Usop terlibat dalam kemalangan semasa bekerja di Damansara. Kecederaan melibatkan mata, memang amat mengerikan, aku yang mendengar pun berasa seram sejuk. Memang patut aku berasa begitu, kerana mata adalah antara organ yang paling penting bagiku. Bukan bagiku, tapi bagi semua orang. :)

Sampai saja di Summit BP, Nizam meletakkan kereta di bahagian atas bangunan Summit BP. Oleh kerana mesin bayaran parkir telah rosak, jadi kami dapat menggunakan perkhidmatan secara percuma pada malam tadi. Sementara menunggu Usop, kami pusing-pusing sekitar Summit BP. Walaupun bertongkat, aku terus saja berjalan dan lepak di kedai-kedai yang menarik bagiku. Antaranya ialah kedai jam tangan. Aku sempat meng'ushar' jam tangan G-Shock yang menjadi idamanku dari dulu. Berharga sekitar RM339. Pekerja memberikan diskaun jika aku ingin membeli, iaitu RM305. Aku pelik kenapa mesti ada RM5 lagi, kenapa tak nak genapkan RM300 saja? Macam tu lah agaknya cara golongan ni berniaga. Aku tiada komen.

Kemudian, kami ke kedai jam yang lain, dan berjaya menemukan jam ODM. Jam ODM ni juga memang lawa buatannya, mempunyai bentuk dan corak-corak yang juga unik. Terdapat jam tangan ODM yang berbentuk seperti coklat. Agak lawa, tapi perlu diketahui, harganya juga sangat-sangat lawa. Bernilai RM300++. Anda berani? :P

Setelah lama menunggu, akhirnya Usop sampai juga. Sewaktu melangkah keluar kedai seraya menuju ke restoran McD, kami nampak kelibat Usop berjalan ke arah kami. Kami terus ke tempat duduk di McD tersebut.Kami bertanya khabar dan perkembangan Usop. ok, secara langsung, aku melihat kawanku Usop tidak dapat melihat menggunakan mata kanannya. Mata kanannya cedera teruk akibat tercucuk kaca cermin kereta yang pecah. Usop memberitahu, kaca yang tercucuk di matanya, agak panjang juga. Kami seram sejuk mendengarnya. Nizam pula mengeluh.

"Satu-satu kawan aku kemalangan, lepas ni tak tahu lah giliran siapa, haih!", keluh Nizam.

Aku hanya mampu tersenyum, dalam hatiku masih lagi berasa kesian terhadap kejadian yang menimpa Usop. Bagi Usop, aku dapat lihat ketabahan dia. Aku bangga ada kawan seperti dia. Pasrah menerima ujian. Kalau aku di tempat dia, aku belum pasti dapat menerima kenyataan begini perit. Bagi aku, kaki yang patah ni tak cukup menyeksakan jika di bandingkan dengan penderitaan Usop.

"Esok pagi aku dah kena balik Damansara, nak bagi kunci rumah kat kawan-kawan", ujar Usop.

"Kemudian, aku kena duduk kat wad dah, awal bulan 6 ni dah kena bedah lagi", sambungnya lagi.

Aku tak mampu berkata apa-apa. Aku tak pasti jika hatinya dapat menerima kejadian ini, dan aku harapkan dia cukup kuat hati.

"Korang tak nak makan apa-apa ke? Tak kan nak duduk je sampai esok pagi?", ujar Usop sambil memerli kami.

Usop tetap dengan perangai sempoinya. Aku tak lapar, sebab aku sekarang sehari cuma makan sekali. Aku memesan air milo saja. Cukuplah sebagai penghilang dahaga. Aku juga sempat bergambar dengan Usop.

Gambar aku bersama Usop

Lupakan gambar aku yang tersenyum tu. Terasa seperti pelik. Tumpukan pada gambar kawanku Usop. Anda boleh nampak dengan jelas, mata kanan Usop telah tidak dapat berfungsi dengan baik. Malah malam tadi dia memberitahu aku, langsung tak dapat digunakan untuk melihat. Peluang pembedahan pula, hanya 50/50 saja. Jadi, Usop tetap akan menjalani pembedahan. Walaupun sakit, kita dapat lihat Usop tetap bersahaja. Lihatlah ketabahan dia.

Aku harap pembedahan akan datang ni akan membolehkan mata kanannya berfungsi semula. Sama-sama kita doakan kejayaan pembedahan ini. InsyaAllah.

Semasa balik, aku meminta Nizam ke Maybank dan aku telah mendapatkan PIN untuk mengaktifkan Maybank2u aku. Maka, malam tadi dengan rasminya, aku telah berjaya menggunakan Maybank2u. Ok, aku memang jakun. Suka hati anda semua nak cakap apa. Hahaha... :P

Setakat sini saja entri kali ini, berjumpa di entri akan datang.

Salam.

Thursday, May 28, 2009

Panduan mengaktifkan Maybank2u

Salam.

Berikut merupakan info yang aku dah jumpa sewaktu mencari-cari maklumat untuk mengaktifkan Maybank2u. Bagi yang belum mengaktifkan Maybank2u, anda boleh lah mengikut panduan berikut. Maaf kerana di dalam Bahasa Inggeris, anda boleh terjemahkan sendiri lah, hehe...


I'm a Maybank customer with a Maybank ATM/credit card

1. Go to any Maybank ATM.
2. At the main menu, select Maybank2u Services.
3. Select Maybank2u Application.
4. Key in your own 6-digit Maybank2u.com Personal Identification Number (PIN).
5. Key in the same PIN again to confirm. For security reasons, your PIN will not be printed on the receipt.

How to login

1. Go to www.maybank2u.com.
2. Select Login, then Login for new users.
3. Read the Terms and Conditions carefully and click on the Accept button.
4. The Welcome page will appear. If you do not see this page, your browser may need to be upgraded.
5. In the Access Number field, enter the ATM/credit card number that you used to apply for your Maybank2u.com PIN at the ATM.
6. Enter the 6-digit Maybank2u.com PIN that you selected and click Activate.
7. A new login screen will appear. Select your preferred username and password. Please use this username and password for all future access.
8. To pay bills with other credit cards (not Maybank), login and select 'Add/Remove Credit Card' under 'Payments'.


Semoga anda mendapat manfaat dengan menggunakan Maybank2u. :)

Menerima Tune Card Aku

Salam dan selamat pagi buat semua.

Pagi ini tak seperti biasa, aku tak tidur selepas m
enunaikan solat Subuh. Aku terus bangun sebab tak rasa ngantuk, dan mak juga dah menyediakan air ubat untuk aku minum. Mak juga suruh aku makan, tapi perut aku tak bersedia lagi nak membaham makanan pagi-pagi ni, walaupun mak aku bagi KFC sekali pun. Hahaha...

Berbalik kepada tajuk entri, aku telah menerima Tune Card aku, yang aku 'apply' melalui www.tunemoney.com. Memang dah lama aku 'apply', namun baru semalam aku menerimanya (28 Mei 2009). Sebenarnya ada beberapa masalah yan
g menyebabkan kelewatan penerimaan kad tersebut.

Mula-mula, selepas aku mendaftar secara talian (online), aku melakukan pembayaran atau lebih tepat lagi, mengisi kad tersebut dengan nilai sebanyak RM52. Ok, pembayaran dilakukan di BSN Parit Sulong. Nilai yang akan ada dalam kad tersebut cuma RM50, yang sebanyak RM2 adalah caj servis BSN. Selepas pembayaran, sekitar seminggu berikutnya, aku ke Pos Malaysia Parit Sulong untuk mengambil kad tersebut. Setelah sampai giliran aku, aku bertanya kepada pekerja kaunter, namun mereka berkata tiada pula kad tersebut.

Kemudian, aku mencuba lagi selang beebrapa minggu, namun tiada juga. Aku berasa pelik, jadi aku terus meneliti web tunemoney, mana lah tahu ada penjelasan membabitkan perkara ini. Ok, ada sebenarnya. Berikut adalah pernyataan yang dipaparkan di web mereka.

Effective from 1st Feb 09 onwards, all Tune Money related services will no longer be available at POS Malaysia outlets.

Bermula pada 1 Feb 2009, Tune Money Sdn Bhd sudah tiada kaitan dengan Pos Malaysia. Aku terasa menjadi mangsa, bengang pun ada. Jadi, macam mana aku nak mendapatkan kad aku?
Lama berfikir, akhir sekali aku mengambil e-mel bantuan mereka iaitu assist@tunemoney.com. Bab-bab nak menghantar e-m
el dalam Bahasa Inggeris ni yang aku malas, jadi, aku tulis sebaik mungkin lah. Harap-harap mereka faham lah. Berikut adalah e-mel yang aku hantar.

Hello there,

I am Mohammad Faiz Syazwan, and I am a Tune Card holder.
I have a problem here.

I already apply for Tune Card in January, and already made a payment
at the BSN Parit Sulong.
Then, I go to the post office at Parit Sulong, Batu Pahat to collect
my Tune Card after 7 days from my initial reload.
The workers said that the Tunemoney doesn't have any relation anymore
with the POS Malaysia.
The problem is, I do not receive any Tune Card at my mailing address until now.
Can you explain what should I do to have the Tune Card, because I can
not find any clue to contact Tunemoney for complaining about this
matter.


Thank You.


Setelah menghantar e-mel, aku mendapat respon, bahawa e-mel aku telah diterima.

Dear Tune Money Customer,

Thank you for your e-mail.

This is an automated reply to acknowledge receipt of your e-mail. We will update you on your enquiry within 2 working days.

Have a good day!

Best Regards,

Tune Money Team


Selang beberapa hari, aku mendapat lagi e-mel memberitahu bahawa pertanyaan aku telah di hantar ke jabatan yang berkaitan.

Dear Customer,

We want to thank you for your e-mail.
We have forwarded your email to the relevant department to investigate
further. We will update you the status of the issue within 3 working days.

Please do not hesitate to contact us at 03-21797333 if you would require
further assistance and information.
Thank you.


Best Regards,
Tune Money Customer Service.


Pantas juga mereka berkerja. Maka, tak sia-sia lah aku punya e-mel, walaupun aku rasa aku tulis macam sampah je. Hahaha... :

Jadi, penantian aku berakhir semalam setelah aku menerima kad aku. :)

Jom tengok Tune Card aku, siap ada nama aku lagi. Hahaha...




Ok, kenapa aku 'apply' kad ni? Sebab aku nak mengesahkan akaun Paypal aku. Apakah itu Paypal? Paypal ni merupakan akaun anda di dalam internet. Paypal memudahkan segala transaksi anda di internet. Contohnya jika anda ingin membeli barang di Ebay, anda boleh menggunakan Paypal kerana lebih selamat.

Anda ingin membuat Paypal? Aku akan menerangkannya di entri akan datang. :)


Salam.

Tuesday, May 26, 2009

SurgaMu


Salam kepada semua.

Hari ini, aku mendengar lagi lagu SurgaMu dendangan kumpulan Ungu, yang aku selalu dengar di saat aku perlukan ketenangan. Ok, lagu ini sangat menyentuh perasaan. Bukan tentang cinta manusia, ini adalah tentang kebesaran Allah. Mari kita hayati liriknya.


Segala yang ada dalam hidupku

Kusadari semua milikMu

Ku hanya hambaMu yang berlumur dosa


(*)

Tunjukkan aku jalan lurusMu

Untuk menggapai SurgaMu

Terangiku dalam setiap langkah hidupku


Karena… Kutahu…

Hanya Kau… Tuhanku…


Allahu Akbar Allah Maha Besar

Ku memujaMu di setiap waktu

Hanyalah padaMu Tempatku berteduh

Memohon ridho dan ampunanMu


Di saat aku mendengar lagu ini, hati aku begitu tersentuh. Sebabnya aku tahu, aku hanya hamba-Nya yang hina dan sentiasa perlukan petunjuk untuk menjadi insan yang bertakwa kepada-Nya. Ok, aku tak nak bohong, aku kadang-kadang menangis bile mendengar sesuatu yang mengingatkan aku kepada Allah. Aku sedar, aku hamba yang sering melupakan-Nya. Aku memang insan yang lemah, namun aku cuba yang terbaik untuk menjadi hamba-Nya yang taat dan mejadi khalifah yang melaksanakan segala suruhan-Nya di bumi ini.


Aku sedar, aku bukan sesiapa di dunia ini, semuanya bukan milik aku. Aku sedar semuanya adalah pinjaman terhadapku. Aku tak boleh berkelakuan bongkak dan sombong. Aku harus menolong semua orang yang memerlukan pertolongan. Aku tahu, aku harus menegakkan kebenaran walaupun pahit itu terpaksa di telan.


Oh, aku sungguh sebak di saat menulis entri ini. Maaf aku tidak dapat menahan air mata dari terus berguguran, aku sangat lemah. Sungguh aku rindukan saat aku berada dekat dengan-Nya. Di dalam setiap solatku, aku berdoa, agar aku diberi petunjuk.


Ya Allah, ampunkan dosa hambamu ini. Aku memohon diberikan petunjuk dan hidayah-Mu.

Aku tak kisah apa yang akan anda semua cakap, sama ada akan cakap aku lelaki yang suka menangis atau apa pun, silakan. Aku tak malu bila menangis bila merindui Tuhanku.

Salam.

Tag dari Fawani

Salam kepada semua.

Ok, tujuan aku membuat entri ini adalah untuk menjawab tag yang telah diberi oleh Fawani malam tadi. Lama dah rasanya tiada yang tag aku. :) Maka, bermulalah sesi tag ini, jom.


The Task!
1. 'Copy award' untuk diletak dalam blog anda
2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi 'award' ini
3. 10 fakta atau hobi sendiri
4. 10 penerima 'award' & 'describe' mereka


TASK 1 :



TASK 2 :

5 fakta menarik tentang Fawani :
1. Fawani ni suka meng'invisible' kan diri bak invisible man ketika ber'YM'. Kalau tak percaya, cuba 'buzz' beliau. Haha... :)
2. Pernah sama biro dengan aku sewaktu di maktab dulu. Biro komunikasi tak silap aku. :)
3. Juga seorang yang berbakat dalam seni, setakat yang aku nampak lah, mungkin juga sehebat Fauzan. :)
4. Muda dua tahun dari aku, dah tentu lah, dia lahir tahun 1990 ok, aku 1988. Hahaha... :P
5. Mempunyai kebolehan luar biasa, menulis dengan kedua-dua belah tangan, betul ke? :P


TASK 3 :

5 fakta tentang aku :
1. Pernah patah peha kanan, masih lagi tak boleh jalan tanpa tongkat. :)
2. Suka dengan gabungan warna merah, hitam dan putih.
3. Menganggap Phobiaklik sebagai idola, terlalu 'addict'. Hahaha...
4. Berimpian untuk menjadi seorang pelumba motor professional di Cub Prix.
5. Meminati patung 'bearbrick', ini hakikat ok, jangan tak percaya. Hahaha... :)

5 hobi aku :
1. Suka bereksperimentasi dengan Adobe Photoshop.
2. Melayari internet, terutamanya Facebook. (Friendster, Myspace, Tagged dah jarang layan). Lalala...
3. Suka men'download' lagu-lagu baru, ini tabiat seorang 'freeloader' lagu. :P
4. Juga suka bermuhasabah diri di kala mengalami sesuatu musibah. Tak percaya? Aku patah kaki pun boleh gelak-gelak lagi di hospital. :)
5. Suka berfikir dengan lambat walaupun boleh berfikir dengan pantas, ada ke orang hobi pelik macam aku ni?


TASK 4 :

Siapa yang aku mahu tag?

- Tieha - seorang rakan 'blogger' yang baru dikenali, dan baru menghabiskan pelajaran di UDM. Juga seorang guru sambilan. Baru mencapai usia 21 tahun dalam beberapa hari lepas.
- Tfa - seorang rakan 'blogger' juga, sudah bekerja walaupun sebaya aku iaitu 21 tahun. Seorang yang ceria. Suka bergurau dengan aku, ok lah tu kan? Hehe..
- Hazwan - seorang rakan dari program Asasi di UiTM Shah Alam. Dia ni suka berbisnes, baik punya orang. Hehe...

Rasanya 3 pun dah cukup, ok lah kan.

Ok ,berjumpa lagi di entri akan datang.

Salam.

Sunday, May 24, 2009

Bearbrick

Salam kepada semua.

Hari ini, aku sekali lagi menyentuh topik yang layak untuk kanak-kanak kiranya, walhal aku tahu ada di kalangan belia dan dewasa juga meminati benda ini. Aku juga tak terkecuali. Benda yang aku maksudkan adalah 'Bearbrick'.

Baiklah, 'bearbrick' ni adalah satu produk yang dihasilkan oleh MediCom Toy Incorporated yang berpusat di Jepun. Untuk makluman semua, aku memang minat dengan patung-patung begini. Dan aku juga tak peduli apa budak lelaki di luar nak cakap. Hahaha...

Aku meminati 'bearbrick' kerana ianya tidak di datangkan dengan satu cor
ak sahaja, tetapi di datangkan dengan banyak corak dan jenis. Dan semestinya bentuknya adalah sama, cuma yang membezakan adalah saiz bagi setiap model 'bearbrick' ini.

'Bearbrick series 16'

'Bearbrick series 17'

Sebelum ini, aku ada
membeli sebuah 'bearbrick', tetapi ianya bukanlah yang original. Maka, aku telah memulakan misi untuk menjejaki kawasan untuk menjual 'bearbrick' yang original.

Sebelah kiri - 'Bearbrick' tak original Sebelah kanan - 'Bearbrick original Aku memiliki 'bearbrick' spiderman seperti di atas, tetapi berwarna hitam (venom).

Terfikir juga aku mengenai kawanku yang bekerja di ALAM. Kawanku ini telah belayar ke Jepun, dan telah mendapat sebuah 'bearbrick' percuma setelah membeli sebotol Pepsi. Sangat comel, dan telah menjadi aksesori di telefon bimbitnya. :) Aku pernah meminta kawanku yang lain yang juga belajar di Jepun untuk membelikan Pepsi yang memberikan 'bearbrick' percuma. Namun malangnya, dia juga tidak berjaya menemukannya.

'Bearbrick' yang menjadi aksesori telefon bimbit, comel bukan? :)

Aku mula meneliti setiap web yang berkaitan dengan 'bearbrick', dan aku telah memasuki web peminat 'bearbrick' ini yang berasal dari China jika tak silap. Blog beliau ialah http://bearbricklove.blogspot.com/ . Di blog beliau, aku telah menemukan banyak jenis 'bearbrick' yang jarang di jumpai. Dan beliau mengumpul model-model 'bearbrick' ini dari serata negara, malah hingga Ke kuala Lumpur. Terfikir aku, jika ada di Kuala Lumpur, di manakah ianya mungkin berada? Adakah di Lowyat? Atau di Sungei Wang Plaza? Penantian ini akan terjawab bila aku sudah menyambung pelajaran di UiTM Shah Alam. Maka, aku akan terus memburu 'bearbrick' ini. Hahaha... Kenapa bersemangat sangat ni? :)

Aku terus meneliti setiap web yang memberikan info tentang 'bearbrick' ini. Ada juga yang menjualnya di Ebay, begitu juga di forum-forum. Harganya adalah normal bagi model 'bearbrick' yang besar iaitu bersaiz 400%, sekitar RM300++. Bagi yang bersaiz kecil, harganya adalah sekitar RM10++. Amat murah dan juga comel. Aku berfikir ingin membelinya di forum ataupun Ebay, namun aku tidaklah fanatik sangat. Cukuplah sekadar aku dapat memiliki sebuah 'bearbrick' untuk digantung di telefon bimbitku.

Mungkin jika ada yang lebih, aku boleh bereksperimentasi dengan makhluk tak berdosa ni, Hahaha... :P Aku pernah terserempak dengan gambar 'bearbrick' yang telah dilakukan modifikasi ke atasnya. Ianya dilakukan oleh artis-artis graffiti tempatan yang tidak asing lagi iaitu 'Phobiaklik', dan juga yang seangkatan, kerana aku ternampak sebuah 'bearbrick' yang melambangkan diri 'Medea' iaitu salah seorang ahli 'Medium Touch'. Maka, aku juga akan mengikuti jejak langkah mereka dengan melakukan bagi setiap 'bearbrick' yang akan aku miliki nanti. :)

Beberapa hasil eksperimentasi oleh 'Phobiaklik'

Ingat, seni bukanlah jenayah.


Beberapa hari lepas, telah aku habiskan dengan mencari gambar-gambar model 'bearbrick'. Banyak yang menarik. Maka, aku akan memuat naik (upload) beberapa gambar untuk tatapan anda.


Antara 'bearbrick' yang comel

Jelly 'bearbrick'

Comel kan 'bearbrick' ni, siap ada 'love' lagi. :)

'Bearbrick' yang dihasilkan sempena 'Watchmen'

Jika anda berminat, boleh la melawat web-web yang berkaitan dengannya, dan jangan lupa dapatkannya satu hari ini. :)

Friday, May 22, 2009

Mengapa Cincin Di Pasang Di Jari Manis?

Salam kepada semua.

Hari ini hari Jumaat, maknanya wajib bagi umat Islam yang berjantina lelaki untuk menunaikan Solat Fardhu Jumaat. Aku pergi ke masjid di kampungku untuk bersolat Jumaat tadi. Masuk hari ini, ada lah dalam sepuluh kali juga aku dah mula solat Jumaat sejak aku mengalami kecelakaan jalan raya sekitar bulan November. Alhamdulillah, a
ku berasa lega kerana sudah dapat menunaikan solat Jumaat walaupun terpaksa duduk untuk melakukan solat. Islam memberikan kemudahan untuk umatnya. :)

Oh ya, hari ini aku ingin membincangkan tentang 'Mengapa cincin kahwin di pasang di jari manis?'. Aku memperoleh maklumat ini di beberapa sumber yang aku dah lupa. Minta maaf kerana tidak dapat mengingati sumbernya. :P


Tanpa membuang masa, mari kita lihat maklumatnya.

Mengapa cincin kahwin di pasang di jari manis?


Ada penjelasan yang indah dan meyakinkan diberikan oleh bangsa China tentang perkara ini.

-Ibu jari mewakili orang tua anda
-Telunjuk mewakili saudara-saudara anda
-Jari tengah mewakili diri anda sendiri
-Jari manis mewakili pasangan hidup anda
-Jari manis mewakili anak-anak anda

Pertama, buka kedua telapak tangan anda berhadap-hadapan, tekuk jari tengah dan satukan saling memunggungi.
Kedua, pertemukan semua hujung jari.

Sekarang, cuba pisahkan kedua ibu jari anda (mewakilkan orang tua), mereka akan terbuka, kerana orang tua kita tidak ditakdirkan hidup bersama kita selamanya, dan akan meninggalkan kita sama ada cepat atau lambat.

Sila tempelkan lagi ibu jari seperti sebelumnya dan pisahkan telunjuk (mewakili saudara-saudara anda), mereka juga akan terbuka, kerana saudara-saudara anda akan memiliki keluarga mereka sendiri dan harus menjalani kehidupan mereka sendiri secara terpisah.

Sekarang tempelkan lagi jari telunjuk dan pisahkan kelingking anda (mewakili anak-anak anda). Mereka juga akan terbuka, kerana anak-anak juga akan menikah dan memiliki tempat tinggal sendiri kelak.

Terakhir, tempelkan kembali kelingking anda, cuba pisahkan jari manis anda (mewakili isteri/suami anda).

Ternyata anda TIDAK BOLEH memisahkannya, kerana Suami dan Isteri harus tetap bersama sepanjang hidupnya dalam keadaan apa pun.


Sekarang, anda sudah tahu maknanya?

Jadi, itulah sebabnya cincin kahwin akan di pasang di jari manis. Aku sebelum ni juga keliru tentang perkara ini. Oh ya, kalau tunang, pasang di jari manis kiri, bila kahwin, pasang di jari manis kanan. Betul ke?

Thursday, May 21, 2009

'Download' lagu

Salam kepada semua.

Sebentar tadi, aku baru saja selesai memuat turun lagu solo pertama Tomok iaitu Rinduku Terhenti (Studio Version) dan juga lagu tema cerita Lalola, nyanyian Miranda dan bertajuk Hola. Sebelum ini, aku telah mempunyai lagu Rinduku Terhenti, tapi cuma yang dinyanyikan secara 'live' oleh Tomok di OIAM 3.

Di sini, aku ingin berkongsi 'link' di mana anda se
mua boleh memuat turun lagu-lagu tersebut.




Selamat memuat turun lagu. \(^_^)/

Salam.

Wednesday, May 20, 2009

Proceez semakin mara!

Salam kepada semua.

Baiklah kawan-kawan, tak banyak untuk aku katakan pada entri kali ini. Tujuanku menulis entri ini untuk memaklumkan kepada kawan-kawan mengenai 'proceez'. Sebagai pengenalan, 'proceez' merupakan klik yang ditubuhkan oleh aku (n
opxbrightside) dan juga sahabatku Fahrul a.k.a 'peroltz'. Kami berkongsi minat dan impian di mana kami ingin membuka outlet iaitu 'Proceez Concept Store', seperti mana yang dilakukan oleh 'The Super Sunday' dan 'Phobiaklik'.

Baru-baru ini, 'peroltz' telah menghasilkan sebuah video dan juga demo untuk web design bagi 'proceez', yang mana beliau hasilkan untuk projek akhir tahun (final year). Jadi,mari kita lihat hasil beliau.


Proceez TV Commercial Demo

Proceez Web Design Demo


Sebarang cadangan dan kritikan daripada kawan-
kawan amatlah dialu-alukan.

Sekian untuk entri kali ini. Berjumpa di entri akan datang.


Salam.

Tuesday, May 19, 2009

Kepantasan jariku tercabar!

Salam kepada semua.

Yeah!!!


Di sini aku ingin mengistytiharkan bahawa kelajuan menaipku telah dicabar! Oleh siapa? Eh, minta maaf lah ya, saja nak buat gimik tadi tu. Sebenarnya, malam tadi sahabatku Azizi telah memberiku satu URL yang dikhaskan untuk m
enguji kepantasan jari kita menaip. Malam tadi aku mencuba dalam kegelapan, jadi hasilnya tentu sekali mengecewakan. Tapi aku tak putus asa.

Dan hari ini, aku mencuba lagi dalam keadaan yang cerah, maka dengan gembira dan senang hatinya, aku menaip dengan pantas (tak pantas mana pun). :P


Oh, bagi yang ingin mencuba, boleh la klik di sini.


Berikut merupakan keputusan yang aku terima.

41 perkataan

Speedtest


Kuiz di Facebook?

Salam.

Selamat sejahtera kawan-kawan!

Pagi ni, aku bangun lewat lagi, sekitar jam 10 pagi juga, oh jangan salah sangka, aku bangun untuk solat Subuh tadi, cuma menyambung tidur walaupun ku tahu tidur selepas Subuh tu tak elok. Tapi apakan daya, aku terasa mengantuk, oh jangan begini, aku tak suka tidur selepas Subuh (sepatutnya begini). :)

Jadi, aku malas nak memanjangkan benda-benda merepek yang aku fikirkan. Semalam, aku mengemaskini akaun Facebook aku, sempat juga aku menjawab banyak kuiz yang ada, walaupun merepek, aku buat juga sebab nak isi masa yang lapang. Apa yang aku ingat aku dah menjawab kuiz yang Hazwan buat. Aku tahu sedikit sahaja perkara tentang Hazwan, jadi aku tak kisah kalau tak dapat 100%, sekurang-kurangnya aku kenal dia juga. Haha...

Dengan itu, aku juga berjaya membuat kuiz aku sendiri. Tapi yang kelakarnya, semua jawapan yang aku bagi, sama je, cuma format saja yang membezakan. Jadi aku rasa macam bangang je buat jawapan yang sama. Malam tadi, aku periksa semula kuiz tersebut, dan aku mengambil keputusan untuk membuat kuiz tersebut, iaitu Part 2. Di kuiz Part 2 ni, aku telah menambah beberapa soalan, dan juga jawapan juga berlainan, tak sama langsung. Jadi, yang akan mendapat 100% cuma family aku saja. Sebab mereka lebih mengetahui aku dari kawan-kawan, melainkan kawan-kawan aku ni suka mengekori aku ke mana saja. Hahaha... Gila ke nak ikut aku setiap masa. :P Jadi, kawan-kawan aku yang mengambil kuiz ni, di harap jangan la 'frust', sekurang-kurangnya, anda kenal aku juga. Terima kasih kawan-kawan.

Malam tadi juga, aku meminta pertolongan Hazwan untuk menyelesaikan sesuatu perkara, tapi semuanya dah terbalik, kami yang diselesaikan. Anda faham? Jangan minta kami jelaskan, sungguh memalukan. :P

Sebentar tadi, aku melakukan 'blogwalking' lagi. Sahabat 'blogger' ku yang dah lama menyepi, iaitu Tieha, akhirnya kembali. Sempat juga membaca entri baru beliau. Dan juga Tfa yang telah meninggalkan komen di entri ku yang memaparkan jam tangan bergaya. Hahaha... Aku juga ke blog saudara Budhi. Di blog saudara Budhi ni, banyak info anda akan dapat, penuh dengan pengisian dan info. Anda dipersilakan melawat blog beliau. Dan di blog sahabatku di MRSM Mersing, iaitu Naza. Bagi anda yang suka membaca penulisan yang merapu atau separuh fiksyen, boleh lah ke blog beliau. Dijamin anda berasa pelik, Naza si pemikir. Hehe.. :)

Susu Alpha Lipid ku yang telah habis, maka aku dah tak dapat minum susu lah. Mahal pula nak beli susu tu. Tapi aku dah dapat rasakan perubahan pada tulang peha kananku, di harap sel-sel tulangku telah kembali normal, dan mempercepatkan proses penyambungan tulang. Aku tak nak kena 'operate' lagi okay. Cukup sekali.

Selepas ini, aku ingin menyelesaikan beberapa perkara, memandangkan aku tengah kusut memikirkan tentang segala urusan untuk menyambung pengajian di UiTM Shah Alam.

Berjumpa di entri seterusnya.

Salam.

Monday, May 18, 2009

Jam tangan bergaya atau kebudak-budakan?

Salam kepada sahabat-sahabat dan para pembaca sekalian.

Apa khabar anda semua? Diharapkan semuanya sihat-sihat belaka. Bagi yang sedang bercuti tu, aku ucapkan selamat menjalani kebosanan cuti, hahaha... Oh kenapa? Sebab aku dah bosan cuti lama sangat! :)

Bukan itu sebenarnya tujunku menulis entri ini, sedangkan telah terang lagi bersuluh, tajuk aku kali ini ialah seperti tertulis di atas. Jadi, tanpa membuang maa, ayuh kita teruskan. :)

Oh, kali ini aku akan membincangkan mengenai jam tangan. Kenapa? Sebab aku dapat tengok jam tangan yang bergaya dan mempunyai teknologi yang tinggi (musykil dengan ayat aku sendiri). Sejak kecil lagi, bagi yang berkongsi zaman kegemilangan kanak-kanak seperti aku, mereka akan mengetahui wujudnya hero-hero bertopeng. Ha, siapakah mereka? Siapa lagi kalau bukan Power Rangers! Aku tak kan bercakap dengan lebih lanjut mengenai episod-episod Power Rangers, sebab aku sendiri pun dah naik pening tengok banyak sangat episod. Hahaha...

Jika kita perhatikan di dalam setiap babak pertarungan, kita akan nampak mereka berkomunikasi dengan bercakap pada tangan. Betul ke tangan? Oh tidak, mereka bercakap dengan jam tangan sebenarnya. Jangan anda anggap mereka gila, tidak sama sekali. Malah mereka lah yang bijak. Bermulanya dari cerita seperti Power Rangers ini, maka wujudlah jam tangan yang membolehkan kita berkomunikasi. Sebenarnya, ada banyak cerita yang memaparkan jam tangan sebagai medium komunikasi .

Sebenarnya, aku perasan mengenai jam tangan te
lefon (watch mobile phone) ini di chinavasion, jadi aku rasa sangat teruja. Walaupun aku rasa agak terlambat, tak salah aku ingin berkongsi dengan anda semua. :)

Maka, aku akan berkongsi dengan anda semua, bagi yang tidak mengetahui bahawa alatan canggih seperti ini wujud. Terdapat banyak jenis jam tangan ini, terdiri dari syarikat pengeluar yang berlainan. Di sini aku akan memaparkan sebuah model yang agak lawa (bagi aku).

Setelah melihat model jam ini, apakah pendapat anda? Adakah ianya bergaya atau kebudak-budakan? Aku difahamkan model seperti ini akan menjadi trend pada beberapa tahun akan datang. Ianya satu kemudahan bagi kita, tapi jangan lupa, harganya juga setaraf dengan harga model-model handphone biasa. Malah, ada juga yang menjejak RM3000 bagi jenama LG.

Adakah aku akan mendapatkan jam ini? Aku akan fikir-fikirkan memandangkan aku ingin membeli jam G-Shock baru setelah jam lama yang aku miliki telah rosak. :)

Tapi tak mustahil juga, kerana sebulan aku dapat RM700, apa aku kisah kan. Hahaha... Ops, jangan boros, amalan syaitan. :P

Berjumpa lagi di entri akan datang.

Salam.

Saturday, May 16, 2009

Kemaskini yang melampau?

Salam kepada semua.

Kawan-kawan, aku nak minta maaf lah sebab lama sangat dah tak mengemaskini blog. Aku pun tah tahu menahu kenapa kebelakangan ni, rasa macam tak larat nak mengemaskini blog walhal aku sentiasa mempunyai masa lapang. Mungkin aku ada komitmen lain, tapi aku pun tak nampak ke mana komitmen aku tu. :)

Bercerita mengenai beberapa perkara yang berlaku beberapa hari lepas, memang banyak sebenarnya yang aku nak luahkan. Tapi semua terbuku di hati.

Beberapa hari lepas, aku telah berkenalan dengan seorang gadis bernama Nor Safina, di mana aku telah 'request' sebagai kawan di Facebook. Akhirnya, kami mula berhubung melalui YM (Yahoo Messenger). Banyak cerita kami telah bincangkan sepanjang berbual. Hehe... Oh ya, jangan fikir bukan-bukan ya, dia sudah berpunya, jangan fikir aku ni jahat. :P

Selain dari Safina, aku juga telah berkenalan dengan seorang lagi blogger iaitu Shikin. Dia ni berusia 2 tahun lebih tua dari aku, jadi aku lebih selesa menggelarnya Kak Ekin. Dia juga menjadi teman aku untuk berborak di YM. Belajar di UKM, berada di tahun akhir dan mengambil jurusan Environmential Health. Buat masa sekarang, dia sedang menyiapkan tesisnya sebelum balik ke kampung halaman di Muar. Memandangkan kami duduk berdekatan (tak dekat sangat,tapi boleh lah), maka aku bercadang ingin beraya di rumah dia. :)

Aku juga ada berborak dengan Tajuddin senpai, dan aku telah meminta Yahoo ID senpai yang aku kenal. Antaranya ialah Syahid senpai (senior JAD & MRSM Mersing), Shahrin senpai dan juga Musab senpai. Sempat juga berbual dengan mereka.

Dalam beberapa hari kebelakangan ini juga, keputusan mengenai siapa penyandang sebenar kerusi Menteri Besar Perak juga telah diputuskan. Keputusan Mahkamah Tinggi tersebut berpihak kepada Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin. Alhamdulillah, aku yang mendengar berita ini telah berasa gembira dan bertakbir, Allahuakbar. Akhirnya, sistem perundangan telah dibersihkan dari pelbagai tohmahan negatif. Sedang beliau mengambil balik kerusi beliau, beliau telah menjalankan tugasnya dengan memecat 2 orang penting kepada parti kerajaan. Dan berita buruknya ialah, Menteri Besar haram kerajaan Perak telah memfailkan rayuan dan rayuan tersebut telah diterima. Nampak sudah berlaku semula kepincangan di dalam sistem perundangan. Dan khabarnya nama hakim yang menerima permohonan rayuan ini ada disebut di dalam video VK Lingam yang mencetuskan kontroversi satu ketika dulu.

Semasa aku menulis entri ini juga, aku sedang menonton televisyen. Terdapat liputan mengenai langkah-langkah yang akan dilaksanakan oleh parti komponen kerajaaan, iaitu dengan melaksanakan kursus penulisan blog. Baru mereka faham, jika mereka menguasai media cetak, tak bermakna mereka boleh menguasai media elektronik. Dengan ini, mereka tidak akan dapat menipu rakyat lagi, dan mereka seda rakyat telah kehilangan kepercayaan oleh rakyat. Sikap menggelabah telah dicetuskan mereka disebabkan kebodohan percaturan mereka sendiri.

Aku sedar ramai di luar sahabat-sahabatku yang tidak kisah tentang keadaan politik negara, mereka sibuk bercakap tentang perebutan, rasuah, itu dan ini tanpa mereka sedari fikiran mereka telah disogok dengan penipuan melampau-lampau oleh kerajaan pemerintah. Aku pernah seperti mereka, jujur aku cakap. Tapi aku telah terbuka hati setelah mengetahui semua yang berlaku pada bekas timbalan perdana menteri iaitu Datuk Seri Anwar ibrahim. Tahukah anda, bahawa semua yang berlaku (liwat) adalah konspirasi semata-mata yang dilancarkan oleh mantan perdana menteri? Jika anda mengetahui kebenarannya, anda akan tahu betapa teruknya kerajaan pemerintah.

Oh maaf, jika ada yang marah atau sakit hati dengan penulisan aku, aku peduli apa. Ini adalah pandangan aku. Oh emosional pula aku. :)

Kemudian, aku juga telah bertindak mencari-cari benda yang menarik di moresales, manalah tahu ada barang yang aku berminat, dan memang benar, aku telah berminat dengan cincin dan juga jam tangan yang cukup bergaya. Oh, jika ada duit, bakal ku beli jam tersebut. :)

Semalam, aku telah berhubung dengan Ely, dan bertanya mengenai handphone nya. Rupan-rupanya dia telah mempunyai handphone yang sama sepertiku iaitu SE K660i, dan juga warna yang sama. Oh tidak, aku telah memutuskan untuk mendapatkan SE W980i secepat mungkin. :P

Pagi ini, Achik yang ku kenali semasa Induksi Kejuruteraan dulu, telah meminta aku untuk meng'ushar' harga untuk handphone model SE W910i dan juga SE W595. Setelah berjaya meng'ushar', aku telah mendapat harganya iaitu RM620 (SE W910i) dan juga RM700 (SE 595).

Baru sebentar tadi, aku membaca blog sahabatku sewaktu di MRSM dulu. Aku dapat fahami apa yang dia hadapi, di dalam dilema. Oh, dia perlukan masa. Aku berdoa dia dapat menghadapi segala cabaran dan dugaan. InsyaAllah.

Dan sekarang, aku ada perkara untuk di selesaikan dengan Hazwan. :)

Berjumpa di entri akan datang!

Salam.


----------------
Now playing: ST 12 - Jangan Pernah Berubah
via FoxyTunes

Monday, May 11, 2009

Mengambil darah

Salam kepada semua.

Pagi ini, seperti yang telah ditetapkan, aku ke Hospital Batu Pahat seawal jam 7:30 pagi. Ini adalah kerana aku mempunyai sesi mengambil darah di Bilik Pakar 2 (Orthopedik). Dan seperti biasa, aku akan mengambil susu Alpha Lipid sebagai pembuka pagi ku yang indah. :-P

Seperti yang telah aku maklumkan sebelum ni, keputusan bagi ujian darah ni sangat penting. Ianya bakal menentukan sama ada aku perlu menjalani pembedahan ulanagn atau tidak. Jika positif kuman, aku terpaksa menjalani pembedahan walaupun hati tak rela (doktor yang paksa, dia cakap aku dah matang,kena buat keputusan yang bijak,ceh!).

Aku ingatkan pagi ni kami akan cepat tiba di hospital, namun tetap lambat. Sepanjang perjalanan ke bandar menaiki kereta, telah berlaku kesesakan jalan raya. Aku berasa pelik juga lah, sebab sebelum ni tak pernah pagi-pagi ni ada kesesakan di jalan Peserai. Kesesakan bermula dari Taman Peserai hingga ke Jambatan Batu Pahat. Ini kerana terdapat sekatan jalan yang dilakukan di hadapan sebuah hospital swasta.

Setibanya di hospital, aku terus ke wad 2 untuk mengambil darah. Aku malas nak buang masa lama-lama. Sebab aku fikir ujian tu mesti mengambil masa yang panjang. Masuk je ke wad 2, aku terus ke kaunter dan bertanya kepada petugas. Petugas menyuruh aku ke bilik 2 di wad 2 tersebut. Ada seorang doktor perempuan yang muda yang bertugas di situ. Ini adalah kali pertama aku kena ambil darah, jadi aku bertanya kepada doktor tersebut.

"Sakit tak doktor?", tanyaku.

"Awak tahan je ye", jawabnya.

Dari jawapannya, mungkin sakit rasanya. Setelah tanganku di ikat di lengan, doktor menepuk bahagian yang akan menjadi mangsa cucukan jarum picagari beliau. Kelihatan urat-uratku timbul, paling ketara urat yang berwarna hijau.

"Nak cucuk kat urat warna biru ni ke doktor?", tanyaku.

"Hijau, bukan biru", jawabnya pula.

Aku seolah-olah terpukul dengan jawapan tersebut. Aku ni budak kejuruteraan, mana lah tahu menahu sangat tentang perkara ni. Aku diam di saat lenganku dicucuk. Pandanganku di alihkan ke tempat lain. Tak terasa sakit pun sebenarnya. Aku lihat darahku memenuhi ruang picagari tersebut. Sangat pekat warnanya. :-)

Setelah selesai, doktor memberiku kapas untuk ditutup di bahagian yang dicucuk. Setelah mengucapkan terima kasih, aku terus menghubungi ayahku yang kebetulan ke Tasik Y kerana tiada tempat untuk parking kereta di hospital tersebut (penuh).

Akhirnya, kami ke Maybank untuk mencucuk duit. Hari ni memang hari cucuk-mencucuk ke?

Sekarang, semasa menulis entri ni,tangan kananku berasa lenguh sangat. Aku nak berehat.

Berjumpa lagi di entri akan datang.

Salam.

Saturday, May 9, 2009

Amaran! Jauhi produk berfluorida!

Salam kepada semua.

Berdasarkan tajuk entri kali ini, aku ingin berkongsi info dengan kawan-kawan semua. Aku mula perasan akan bahaya produk berfluorida ini semasa menonton televisyen, ada iklan tentang bahaya Fluorida ini. Jadi, setelah melawat k
e web berkenaan, aku dapat sedikit maklumat yang aku rasa wajar sekali dikongsi bersama kawan-kawan. Kerana perkara ini sangat penting! Di bawah ini akan ada beberapa penjelasan.

Apa itu Fluorida?

Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuska
n semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.

Mengapa Fluorida berbahaya?

Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya. Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi. Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi. Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.

Kenapa kita tidak memerlukan Fluorida pada ubat gigi?
Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fl
uorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.

Kes mahkamah
Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa
ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate-Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah "Dental Fluorosis" (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.

Penyelidikan awam

Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas ketua bahagian kimia Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika, mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat. Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia.

Amaran & Panduan
Pada tahun 1997, FDA telah menetapkan setiap Ubat gigi berfluorida yang dijual di Amerika Syarikat perlu meletakkan tanda amaran racun/bahaya:

"WARNING: KEEP OUT OF REACH OF C
HILDREN UNDER 6 YEARS OF AGE. IF YOU ACCIDENTALLY SWALLOW MORE THAN USED FOR BR
USHING, SEEK PROFESSIONAL HELP OR CONTACT A POISON CONTROL CENTER IMMEDIATELY."

“AMARAN: JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KEBAWAH, SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA”

Fluorida mampu menyebabkan:
- Kematian

- Kanser

- Ruam Kulit

- Luka Kanser

- Kelunturan Warna Gigi

- Masalah Gastrik

- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang

- Keracunan Saraf

- Kanser Tulang

- Keretakan Tulang

- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalanga
n Kanak-kanak
- Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit


Bahaya kepada kanak-kanak? Semestinya!
Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yan
g menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida.

Jauhi produk ubat gigi berikut:


Sumber Maklumat:
-Panduan CAP, Bahan Penyebab Kanser Dalam Kosmetik & Produk Kegunaan
-www.fluoridealert.org
-www.muslimconsumer.org.my/fluorida