Hari ini, aku sekali lagi menyentuh topik yang layak untuk kanak-kanak kiranya, walhal aku tahu ada di kalangan belia dan dewasa juga meminati benda ini. Aku juga tak terkecuali. Benda yang aku maksudkan adalah 'Bearbrick'.
Baiklah, 'bearbrick' ni adalah satu produk yang dihasilkan oleh MediCom Toy Incorporated yang berpusat di Jepun. Untuk makluman semua, aku memang minat dengan patung-patung begini. Dan aku juga tak peduli apa budak lelaki di luar nak cakap. Hahaha...
Aku meminati 'bearbrick' kerana ianya tidak di datangkan dengan satu corak sahaja, tetapi di datangkan dengan banyak corak dan jenis. Dan semestinya bentuknya adalah sama, cuma yang membezakan adalah saiz bagi setiap model 'bearbrick' ini.
Sebelum ini, aku ada membeli sebuah 'bearbrick', tetapi ianya bukanlah yang original. Maka, aku telah memulakan misi untuk menjejaki kawasan untuk menjual 'bearbrick' yang original.
Sebelah kiri - 'Bearbrick' tak original Sebelah kanan - 'Bearbrick original Aku memiliki 'bearbrick' spiderman seperti di atas, tetapi berwarna hitam (venom).
Terfikir juga aku mengenai kawanku yang bekerja di ALAM. Kawanku ini telah belayar ke Jepun, dan telah mendapat sebuah 'bearbrick' percuma setelah membeli sebotol Pepsi. Sangat comel, dan telah menjadi aksesori di telefon bimbitnya. :) Aku pernah meminta kawanku yang lain yang juga belajar di Jepun untuk membelikan Pepsi yang memberikan 'bearbrick' percuma. Namun malangnya, dia juga tidak berjaya menemukannya.
Aku mula meneliti setiap web yang berkaitan dengan 'bearbrick', dan aku telah memasuki web peminat 'bearbrick' ini yang berasal dari China jika tak silap. Blog beliau ialah http://bearbricklove.blogspot.com/ . Di blog beliau, aku telah menemukan banyak jenis 'bearbrick' yang jarang di jumpai. Dan beliau mengumpul model-model 'bearbrick' ini dari serata negara, malah hingga Ke kuala Lumpur. Terfikir aku, jika ada di Kuala Lumpur, di manakah ianya mungkin berada? Adakah di Lowyat? Atau di Sungei Wang Plaza? Penantian ini akan terjawab bila aku sudah menyambung pelajaran di UiTM Shah Alam. Maka, aku akan terus memburu 'bearbrick' ini. Hahaha... Kenapa bersemangat sangat ni? :)
Aku terus meneliti setiap web yang memberikan info tentang 'bearbrick' ini. Ada juga yang menjualnya di Ebay, begitu juga di forum-forum. Harganya adalah normal bagi model 'bearbrick' yang besar iaitu bersaiz 400%, sekitar RM300++. Bagi yang bersaiz kecil, harganya adalah sekitar RM10++. Amat murah dan juga comel. Aku berfikir ingin membelinya di forum ataupun Ebay, namun aku tidaklah fanatik sangat. Cukuplah sekadar aku dapat memiliki sebuah 'bearbrick' untuk digantung di telefon bimbitku.
Mungkin jika ada yang lebih, aku boleh bereksperimentasi dengan makhluk tak berdosa ni, Hahaha... :P Aku pernah terserempak dengan gambar 'bearbrick' yang telah dilakukan modifikasi ke atasnya. Ianya dilakukan oleh artis-artis graffiti tempatan yang tidak asing lagi iaitu 'Phobiaklik', dan juga yang seangkatan, kerana aku ternampak sebuah 'bearbrick' yang melambangkan diri 'Medea' iaitu salah seorang ahli 'Medium Touch'. Maka, aku juga akan mengikuti jejak langkah mereka dengan melakukan bagi setiap 'bearbrick' yang akan aku miliki nanti. :)
Ingat, seni bukanlah jenayah.
Beberapa hari lepas, telah aku habiskan dengan mencari gambar-gambar model 'bearbrick'. Banyak yang menarik. Maka, aku akan memuat naik (upload) beberapa gambar untuk tatapan anda.
19 comments:
wa... suke nyer dia collect maenan..
tomeyyyy....
maen tue pn sgt tomeyyy la...
kak mahirah - haha..akak nak satu ke?comel ni..hehe..bykm jenis ni,nnt akak leh la cr kat low yat or sg. wang plaza.. :)
haha..tfa penah nmpk kt times square.
comel gilee..
saye penah ade key chain nie..
sangat2 comey
kamoo....mahu itu mahu itu...
kasik bfday gift yg cute leh...??
;D
nk nk nk....
;(
majok nie huhuu...
Hi, I am the owner of some of the pics that you have posted here from my blog, Bearbrick Love (Series 16, 17, spiderman, jellybean, valentine).
If you want to post pics from my blog, please acknowledge the source, which is Bearbricklove.blogspot.com
Thanks for understanding. :-)
tfa - hehe..kat times square ada ea?bleh la lepak sana mencari2 patung ni..hehe..nak cr byk2..mwahaha..
ana - hehe..sy pun ada keychain dia,comel kan..mmg comel,xleh nak nafikan..haha..jom beramai2 beli keychain bearbrick ni,letak kat handphone..br comel..hehe.. :P
tieha - nak ke?nnt org belikan ea..nak bape byk?hehe..klu teringat ms nak beli nnt,leh belikan skali,br x majuk kan?hehe.. :P
bearbrick lover - yes, i took some pic from your blog, and i already acknowledge that i took the pic from your blog..Don't worry be happy.. :)
wahhhh, comelnyee...=D
beli byk2. tp, cam mhl je kan. slalu gak tgk mende neh. x tau name. mcm patung monyet pon ade. erkk!~ huhu
khairiah - hehe,comel kan..xleh nk ckp apa lagi lah, mmg comel.. :)
yg byk2 tu bila beli satu edisi terus, satu edisi ada banyak corak..
kalau jumpa kat mana2 nnt, belilah,sgkt kat handphone..sure comel gila..termasuk pengguna handphone sekali jd comel..hahaha..
ske monyet ke?hehe..sm kot mcm mnyt,tp sbnrnya beruang..lalala...
LOL. owner die da terperasan xleh bla btol. haha.
eh, xsuke monyet pon. xtau la nape teringt monyet. bile ckp mcm beruang, bru pk blk. mmg mcm beruang. bkn monyet. haha. =D
nnt nk cr 1. 1 sudah
khay - ok,pggl khay je,sbb fosha a.k.a adik fasha sandha dah perli..
sure ke x ske monyet?gmbr profile pun monyet,haha..
haha..nnt nak cr,gtaw la..leh cr sm2..hehe..
:)
nk nk nk..
majok nie..
;(
tieha - alala..jgn la camni..nnt org belikan ea..
majuk2 ni x bagus,nnt cpt tua..hehe..
:)
nk..jnji..?
ok, janji..nnt klu dah ada, org poskan, leh x?
Post a Comment