Bidalan melayu sering mengingatkan kita, tak kenal maka tak cinta.
Persoalannya, setakat mana kita mengenali pasangan kita.
Jangka berkenalan yang lama tidak menjamin kita mengenali personaliti yang sebenar pasangan kita.
Tambahan pula personaliti dan perangai sebelum dan sesudah kahwin boleh berubah secara ketara, terutamanya di kalangan lelaki.
Pada umumnya, isteri lebih mudah mengenali suami berbanding suami terhadap isterinya.
Yang anehnya, ada kalanya orang lain lebih mengenali pasangan kita berbanding diri kita sendiri.
Apa yang jelas, Allah mencipta lelaki dan perempuan dalam keadaan yang amat berbeza.
Kita perlu peka terhadap perbezaan ini untuk dapat membina keluarga yang bahagia dan harmonis.
Cabaran Di Awal Perkahwinan
Di antara cabaran yang dialami setiap pasangan di awal perkahwinan ialah:
1. Mengenali diri yang baru dan memerlukan berbagai penyesuaian.
2. Mengenali pasangan dengan lebih mendalam.
3. Mencari keserasian dengan ahli keluarga yang besar.
4. Mengimbangi antara rumahtangga, kerjaya dan keperluan peribadi.
5. Menangani konflik dalam rumahtangga.
6. Mendidik dan menegur pasangan.
7. Belajar untuk menjadi pelengkap dan pengimbang kepada pasangan.
8. Merangsang diri untuk menjadi pemaaf dan pendoa.
Perbuatan Suami Yang Tidak Di Gemari Isteri
1. Memberi pandangan dan nasihat yang tidak diminta
2. Kerap menukar saluran TV ketika menonton bersama isteri.
3. Malu bertanya walaupun sesat jalan.
4. Merungut bila diajak untuk pergi 'shopping'.
5. Perangai yang kurang manis seperti kentut, korek hidung, cabut bulu hidung, dan sebagainya.
6. Sukar untuk mengaku salah dan meminta maaf.
7. Melenting bila ditegur.
8. Sukar untuk mencari barang.
9. Tidak peka perubahan yang berlaku kepada isteri - potongan rambut baru, menukar 'perfume', tukar cermin mata, dan sebagainya.
10. Lelaki yang bertindak persis makhluk dua alam - contohnya peribadi yang berbeza semasa di rumah dan di tempat kerja.
Perbuatan Isteri Yang Di Benci Suami
1. Terlalu banyak mulut.
2. Bertindak terlalu mengikut perasaan tanpa rasional.
3. Rajuk yang terlalu lama.
4. Terlalu kerap menangis yang membuat suami menjadi bingung.
5. Terlalu kerap bertukar fikiran.
6. Cemburu yang keterlaluan
7. Lembut hati yang keterlaluan menyebabkan lelaki kelihatan terlalu tega dah jahat.
8. Terlalu lama untuk bersolek dan berpakaian.
Kaedah Mengenali Pasangan
1. Selalu berbincang secara terbuka.
2. Tanya ibu mertua dan ipar perempuan mengenai pasangan.
3. Belajar untuk membaca 'mood' dan karenah pasangan.
4. Tanya kawan rapat pasangan.
5. Belajar untuk melihat melalui anak batin.
6. Bertanya kepada anak-anak.
7. Berterusan mencari berbagai ilmu agar dapat memahami manusia.
8. Memohon hidayat daripada Allah S.W.T.
Dipetik dari Anjakan Paradigma bersama Dato Dr Fadzillah Kamsah.
No comments:
Post a Comment