Tuesday, May 26, 2009

SurgaMu


Salam kepada semua.

Hari ini, aku mendengar lagi lagu SurgaMu dendangan kumpulan Ungu, yang aku selalu dengar di saat aku perlukan ketenangan. Ok, lagu ini sangat menyentuh perasaan. Bukan tentang cinta manusia, ini adalah tentang kebesaran Allah. Mari kita hayati liriknya.


Segala yang ada dalam hidupku

Kusadari semua milikMu

Ku hanya hambaMu yang berlumur dosa


(*)

Tunjukkan aku jalan lurusMu

Untuk menggapai SurgaMu

Terangiku dalam setiap langkah hidupku


Karena… Kutahu…

Hanya Kau… Tuhanku…


Allahu Akbar Allah Maha Besar

Ku memujaMu di setiap waktu

Hanyalah padaMu Tempatku berteduh

Memohon ridho dan ampunanMu


Di saat aku mendengar lagu ini, hati aku begitu tersentuh. Sebabnya aku tahu, aku hanya hamba-Nya yang hina dan sentiasa perlukan petunjuk untuk menjadi insan yang bertakwa kepada-Nya. Ok, aku tak nak bohong, aku kadang-kadang menangis bile mendengar sesuatu yang mengingatkan aku kepada Allah. Aku sedar, aku hamba yang sering melupakan-Nya. Aku memang insan yang lemah, namun aku cuba yang terbaik untuk menjadi hamba-Nya yang taat dan mejadi khalifah yang melaksanakan segala suruhan-Nya di bumi ini.


Aku sedar, aku bukan sesiapa di dunia ini, semuanya bukan milik aku. Aku sedar semuanya adalah pinjaman terhadapku. Aku tak boleh berkelakuan bongkak dan sombong. Aku harus menolong semua orang yang memerlukan pertolongan. Aku tahu, aku harus menegakkan kebenaran walaupun pahit itu terpaksa di telan.


Oh, aku sungguh sebak di saat menulis entri ini. Maaf aku tidak dapat menahan air mata dari terus berguguran, aku sangat lemah. Sungguh aku rindukan saat aku berada dekat dengan-Nya. Di dalam setiap solatku, aku berdoa, agar aku diberi petunjuk.


Ya Allah, ampunkan dosa hambamu ini. Aku memohon diberikan petunjuk dan hidayah-Mu.

Aku tak kisah apa yang akan anda semua cakap, sama ada akan cakap aku lelaki yang suka menangis atau apa pun, silakan. Aku tak malu bila menangis bila merindui Tuhanku.

Salam.

17 comments:

Anonymous said...

kamoo!!!!

it's oke..bertabah!

daku pn tgh crying..

huhuu..

*touching ler..*


best n bermakna lagu nie...

;)

thanx igtkn tieha juga.....

Faiz Syazwan said...

tieha - nape nangis gak?

sj je ni,xleh nak tertahan rs rindu ni..rs mcm jauh sgt dr Allah..

nak cuba mendekatkan diri lagi..

:(

Anonymous said...

same laa..

;(

samesame la kiter ye..

;)

Faiz Syazwan said...

semoga kita mendapat hidayah-Nya..

amin..

Anonymous said...

amin...

rin-ki-shi-ka said...

menangis adalah perkara normal..
x pyh malu untuk menangis apatah lagi meginsafi diri...
itu tandanya msih ada hati.
hati yg x mti..=)

fawani said...

lama tak dengar lagu tu.tersentuh kmbali jugk.huu.

betul.
menangis la semahu-mahunya, jika kerana Allah.

semua memang bkn milik kita,apa nikmat yang kita miliki sekarang boleh ditarik pada bila-bila masa juga.jadi sabar yer dengan nikmat yang Allah tarik sementara ya? :)

Mohd Hazwan said...

tp ak ssh ah nk nangis...
sebak tu ade la....

Faiz Syazwan said...

mira - thanks,betul tu..mksdnya kita msh ada keimanan,masih ada ruang utk kita berubah..msh ada waktu sebelum betul2 terlambat..

Faiz Syazwan said...

fawani - lagu ni mmg betul2 menyentuh perasaan,menusuk kalbu..memang menangis je bila mengingatkan segala apa yang dah kita lakukan..semuanya hanya kerana dunia,yang fana..kita sering lari dr tujuan asal hidup..

mmg apa yg kita miliki ni,bukan milik kita..semuanya hanya di pinjamkan, boleh ditarik bila2 masa..skrg ni pun, dah merasa nikmat ditarik sedikit demi sedikit..nikmat berjalan pun telah ditarik sedikit, dan kena berusaha mendapatkannya kembali..

tapi syukur, nikmat terbesar masih ada, iaitu nikmat Islam..nikmat terbesar dalam hidup setiap umat Islam..

:)

Faiz Syazwan said...

hazwan - secara jujur, aku tak kan menangis di depan kawan2, sbb xde pape utk ditangisi..even aku xcdnt, aku tak menangis,sbb aku tahu tu semua ujian dari Allah..aku pun dah lama tak menangis, hati dah macam batu..tapi, bila kembali ke asal, kita akan sendiri menangis memuji kebesaran-Nya..cuma satu ni je yang boleh buat aku menangis setelah lama tak menangis..

sori sbb aku tahu, aku lelaki..tak patut tunjuk semua ni..tp aku sedar, aku ni cuma hamba di bumi ni..tak lebih dr tu..jadi, tak slaah aku menangis menyesali kesalahan diri..

:)

The Lulu said...

menangis kerana Allah adalah sesuatu yg sukar dilakukan oleh seorang lelaki..

awak mmg lelaki yg sangat beruntung..
Tuhan sayangkan awak

Faiz Syazwan said...

ana - bukanlah sukar,sebab lelaki ni ego kuat..tp mungkin sy x begitu ego,ego tu mesti ada..:)

saya mungkin beruntung, mungkin tidak..saya pun kurang pasti..

Allah menyayangi semua hamba-Nya,jadi kita yang seharusnya menyedari semua itu..

:)

--{♥Mahirah Abd♥}-- said...

adoiii...panjang....
x larat nak bc...
tapi nk comment gak...
msti byk masa yang TerLuang kn..??
okey...jp g akk bc kamoo nyer entry nie k...
bg rehat ini punya OTAK...
hehe

حاجر راضي said...

walla~
dgr la
cahayaMu - ungu

lagii masyukk !!!
ta caye try ~
i nangis leleh2
ekeke
(tp0o saje ~~)

Faiz Syazwan said...

kak mahirah - hehe,xpe2,mmg byk ms terluang pun..nnt akak ada ms br la tgk,its ok.. :)

Faiz Syazwan said...

adex - cahayamu ea,x download lg la..nnt2 la..hehe..

x penting lg apa,jnj memberi kesedaran pd kita.. :)