Thursday, May 7, 2009

Sedekah

Kelebihan Memberikan Sedekah

Allah SWT akan memberikan kelebihan kepada orang yang memberikan derma dan sedekah antaranya :

-Mendapat ganjaran daripada Allah SWT
Allah SWT mengetahui setiap sesuatu yang dibelanjakan oleh hamba-Nya dan Dia akan membalas setiap kebajikan yang dilakukan manusia.

-Disukai oleh manusia
Orang yang suka bersedekah dan memberikan derma akan disukai oleh manusia kerana membantu dalam menyelesaikan kesusahan orang lain.

-Rezeki akan bertambah
Allah SWT berjanji akan menggantikan harta yang telah dikeluarkan pada jalan-Nya dengan kebaikan.

Adab-Adab Memberikan Sedekah

Untuk mendapat ganjaran yang tinggi di sisi Allah SWT dalam sedekah, kita seharusnya melihat kepada adab-adab yang harus dilakukan semasa bersedekah atau memberikan sumbangan. Adab-adab memberikan derma dan sedekah antaranya ialah :

-Ikhlas
Pemberian sedekah dan derma hendaklah dilakukan dengan ikhlas kerana Allah SWT tanpa mengharapkan balasan daripada makhluk dalam bentuk pujian mahupun wang ringgit.

-Memberikan barangan yang disayangi
Untuk mendapat ganjaran besar terhadap apa yang kita sedekahkan, kita hendaklah memberikan barang yang kita sayangi.

-Tidak mengungkit barang yang telah kita berikan
Sekiranya kita mengungkit baran yang telah kita keluarkan, akan terhapuslah ganjaran pahala yang kita perolehi.

5 comments:

--{♥Mahirah Abd♥}-- said...

jadi..banyak2 kan lah bersedekah...
x rugi aper pn... :)

Anonymous said...

alhamdulillah..apa yang kita sedekahkan adalah apa yang kita miliki di akhirat kelak..pernah dengar citer mimpi seorang gadis di zaman rasulullah?

Faiz Syazwan said...

mahirah - betul,sedekah tu amalan mulia..insyaAllah klu ada rezeki lebih,boleh sedekah harta..klu x mampu,sedekah senyuman saja lah..hehe..

rocketingrabbit - Alhamdulillah..Cerita yg mana ye tu?x penah dgr rsnya..

fareast said...

Kalau kita bersedekah, insyaallah murah rezeki.

Faiz Syazwan said...

fareast - sedekah mmg byk pahalanya..