Monday, May 11, 2009

Mengambil darah

Salam kepada semua.

Pagi ini, seperti yang telah ditetapkan, aku ke Hospital Batu Pahat seawal jam 7:30 pagi. Ini adalah kerana aku mempunyai sesi mengambil darah di Bilik Pakar 2 (Orthopedik). Dan seperti biasa, aku akan mengambil susu Alpha Lipid sebagai pembuka pagi ku yang indah. :-P

Seperti yang telah aku maklumkan sebelum ni, keputusan bagi ujian darah ni sangat penting. Ianya bakal menentukan sama ada aku perlu menjalani pembedahan ulanagn atau tidak. Jika positif kuman, aku terpaksa menjalani pembedahan walaupun hati tak rela (doktor yang paksa, dia cakap aku dah matang,kena buat keputusan yang bijak,ceh!).

Aku ingatkan pagi ni kami akan cepat tiba di hospital, namun tetap lambat. Sepanjang perjalanan ke bandar menaiki kereta, telah berlaku kesesakan jalan raya. Aku berasa pelik juga lah, sebab sebelum ni tak pernah pagi-pagi ni ada kesesakan di jalan Peserai. Kesesakan bermula dari Taman Peserai hingga ke Jambatan Batu Pahat. Ini kerana terdapat sekatan jalan yang dilakukan di hadapan sebuah hospital swasta.

Setibanya di hospital, aku terus ke wad 2 untuk mengambil darah. Aku malas nak buang masa lama-lama. Sebab aku fikir ujian tu mesti mengambil masa yang panjang. Masuk je ke wad 2, aku terus ke kaunter dan bertanya kepada petugas. Petugas menyuruh aku ke bilik 2 di wad 2 tersebut. Ada seorang doktor perempuan yang muda yang bertugas di situ. Ini adalah kali pertama aku kena ambil darah, jadi aku bertanya kepada doktor tersebut.

"Sakit tak doktor?", tanyaku.

"Awak tahan je ye", jawabnya.

Dari jawapannya, mungkin sakit rasanya. Setelah tanganku di ikat di lengan, doktor menepuk bahagian yang akan menjadi mangsa cucukan jarum picagari beliau. Kelihatan urat-uratku timbul, paling ketara urat yang berwarna hijau.

"Nak cucuk kat urat warna biru ni ke doktor?", tanyaku.

"Hijau, bukan biru", jawabnya pula.

Aku seolah-olah terpukul dengan jawapan tersebut. Aku ni budak kejuruteraan, mana lah tahu menahu sangat tentang perkara ni. Aku diam di saat lenganku dicucuk. Pandanganku di alihkan ke tempat lain. Tak terasa sakit pun sebenarnya. Aku lihat darahku memenuhi ruang picagari tersebut. Sangat pekat warnanya. :-)

Setelah selesai, doktor memberiku kapas untuk ditutup di bahagian yang dicucuk. Setelah mengucapkan terima kasih, aku terus menghubungi ayahku yang kebetulan ke Tasik Y kerana tiada tempat untuk parking kereta di hospital tersebut (penuh).

Akhirnya, kami ke Maybank untuk mencucuk duit. Hari ni memang hari cucuk-mencucuk ke?

Sekarang, semasa menulis entri ni,tangan kananku berasa lenguh sangat. Aku nak berehat.

Berjumpa lagi di entri akan datang.

Salam.

9 comments:

--{♥Mahirah Abd♥}-- said...

semoga PENYAKIT yang diSebut tiada dlm diriMu... Amin~ :)

Anonymous said...

gambatte!akiramenaide!

Faiz Syazwan said...

Kak Mahirah - thanks ye..harap-harap takde la kuman tu..x perlu la menjalani operate lagi..neway,thanks..

senpai - arigatou senpai..zettai ganbatte..

Miss Ekin said...

haaa sudah kuar bahase jepun die.. hehehe.. hope xdela.. insyaallah ok ekk..

Faiz Syazwan said...

kak ekin - haha,senior yg ckp jepun dulu,kne la bls ckp jepun..insyaAllah sume akan ok..thanks akak doakan..:)

Si Penanya (?) said...

ko xleh sebut 's' kan? hahahaha masa cucuk tu ko bajet x sakitla~ kalau sakik ko jerit
"ssssstttaakit~" hahhaha

Faiz Syazwan said...

naza - sengal ko,ingat aje aku ni pelat s..haha..ces..

Milimilo said...

erk,paling menakutkan bile kne amek drh dgn doktor..org yg mampu derma dh bergelen2,mmg betul2 tabah ;)

Faiz Syazwan said...

milo - taw xpe,mmg lemah bdn klu kena amek drh..yg menderma tu semua,mmg betul2 baik hati..hehe..plan nak derma drh gak ni,hehe..